Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, January 31, 2005
 

Tsunami

Tahun 2005 bermula dgn suasana menyedihkan setelah bencana tsunami melanda di hujung thn 2004. Dalam dunia siber email2 bertebaran di forward ke sana-sini dengan membawa pelbagai isu yang ada di antaranya mengelirukan dan tidak pasti kesahihannya. Antaranya berkenaan pintu kaabah tak dapat dibuka, salji turun di arab saudi...termasuklah jugak ada email yg menyatakan statistik bencana eg gempa bumi, tsunami berlaku setiap 26/12 -sehari selepas hari krismas- sebagai balasan tuhan. Emmm cuba baca ulasan saudara hafiz firdaus berkenaan isu ini di http://www.bukanliberal.org/index.php?p=40

Bencana tsunami tu turut menimbulkan polemik perbincangan di akhbar2 mainstream hinggalah dalam forum2 dlm internet. Ada yg menyatakan ianya balasan atau bala dari Allah. Ada pula golongan yg membidas kenyataan tersebut dgn memberi hujah ianya adalah aktiviti alam...apa pendirian anda? Kekadang tu aku terfikir, dlm kehidupan moden hari ni-dgn kemajuan sains teknologi- selalu buat kita lupa atau pun buat-buat lupa bahawa segala kejadian alam adalah dalam kuasa tuhan. Selalu kita mencari alasan saintifik ttg sesuatu perkara tapi kita tidak link kan alasan tersebut kepada pencipta alam. Contohnya bila berlakunya tsunami, semua org nak ambik tahu berkenaan tsunami...so dlm paper pun ada lah artikel2, di tv ada pula rencana2 khas berkenaan tsunami-bagaimana ia berlaku dan sebagainya. Kita pun tahu gempa bumi di dasar laut akibat pergerakan dasar bumi menyebabkan ombak besar setinggi melebihi 70 meter dengan kelajuan melebihi 700kmj berlaku. Akibatnya kawasan2 coastal berdekatan dilanda ombak tersebut yg mengganas. Adakah kita terasa itu merupakan ujian dan peringatan dari tuhan di sebalik alasan2 saintifik berkenaan aktiviti alam?

Memang menyedihkan melihat suasana di banda aceh dan sri lanka terutamanya di mana imej2 yg disebarkan di media dan internet menunjukkan mayat2 yg bengkak bergelimpangan. Mangsa2 yg kehilangan segala2nya mengharapkan bantuan dihulurkan. Diharapkan semua derma, bantuan yg dikumpulkan di seluruh dunia dsalurkan dgn adil kepada mereka.



Comments: Post a Comment


  • 2005


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1