Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, February 16, 2005
 
Tiada yang menarik minggu lepas dalam liga-liga utama eropah. Semua pasukan elit menang...yang membezakan cuma jumlah jaringan. Chelsea struggle jugak utk menang 1-0 vs everton walaupun James Beattie dah dibuang padang seawal minit ke8...arsenal menang 5-1 vs Crystal Palace dan MU pun menang jugak 2-0 vs Man City. Emmm kalau ikut logik:
Chelsea kalah lwn Man City
MU menang lwn Man City
Adakah MU lagi kuat dari Chelsea?

Hahaha ntah apa-apa...tapi itu adalah antara realiti unik dunia sukan. Ada pasukan yang mampu mengalahkan pasukan2 gergasi tetapi bila lawan pasukan lemah, kalah laa pulak. Suatu masa dulu dalam sukan Badminton beregu kita Razif-Jalani Sidek sangat sukar mengalahkan pasangan Park Joo Bong-Kim Mon Soo tapi sentiasa dapat mengalahkan pasangan handalan Indonesia Hartono-Gunawan. Yang peliknya Park Joo Bong-Kim Mon Soo pula selalu menghadapi masalah nak mengalahkan pasangan Indon tu...hmmmmm....Dalam EPL pulak Liverpool contoh pasukan yg tak konsisten...boleh menang dgn Arsenal tapi kalah mudah2 jek dgn pasukan2 lemah.

Liga-liga lain pun skripnya sama...Real Madrid terus mengekori Barcelona begitu juga AC Milan dgn Juventus. Liga Super Malaysia pn apa kurangnya, Pahang dah kalah 2 game berturut2...setakat ni Perlis dan Penang tgh gah dgn rekod tanpa kalah di awal musim. Emmm dah biasa tgk EPL bila tgk liga tempatan ni terasa betul perbezaannya...kalau tak nak rasa perbezaan sila pergi stadium...kalau tgk kat tv mmg boring tgk liga tempatan ni...


Comments: Post a Comment


  • Bulan februari ni banyak betul cuti...masih baru l...
  • Chelsea seperti yang dijangka menang game vs Black...
  • Arsenal 2 MU 4
  • Tsunami
  • 2005


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1