2 hari mengantuk kat opis disebabkan champion league. Aku tgk game Real Madrid vs Juventus dan Chelsea vs Barcelona. Game real dan juventus menarik dgn pemain2 real tgh perform esp zidane..yang aku tak suka si ronaldo yang aku rasa makin lembap skit. Berbeza betul ronaldo sekarang dgn ronaldo world cup 98...dah gemuk. Real menang 1-0 hasil jaringan tandukan hilguera daripada sepakan percuma beckham. Dan game yg dikobar-kobarkan best chelsea vs barcelona berakhir dgn barcelona menang 2-1. Sungguh menyeksakan tgk game chelsea pada 2nd half selepas didier drogba dibuang padang...dgn ketiadaan robben, damien duff dan joe cole pula dikeluarkan terus membuatkan jentera serangan dan tgh chelsea langsung tak berfungsi. Commentator pun cakap chelsea does not exist in 2nd half. Selama mana laa nak dpt bertahan hasil asakan bertalu-talu barcelona akhirnya berjaya jugak membolosi 2 gol. Pasti maurinho kena pk strategi baru utk 2nd leg kat stamford bridge nanti.
So berakhir sudah pusingan pertama kalah mati CL...hanya liverpool, bayern dan lyon yg berkedudukan selesa dgn mengatasi lawan masing2 dgn 3 gol. MU pulak kalah kat Old Trafford kpd AC Milan. Tunggu lagi 2 minggu utk melihat 8 team terbaik eropah di peringkat suku akhir.
#
posted by jed1 @ 10:13 pm