Perumpamaan Bola itu Bulat bererti segala2nya boleh terjadi di tgh padang. Pasukan lemah boleh mengalahkan pasukan kuat. Boleh berlaku pergaduhan antara pemain. Boleh berlaku gol-gol yg pelik seperti gol Adrien Jumrad semasa Perlis mengalahkan Kedah di final Piala Malaysia thn lepas. Sebenarnya perumpamaan itu salah dari segi bahasa. Sepatutnya berbunyi Bola itu Sfera. Bulat adalah seperti duit syiling. Sfera berbeza daripada bulat. Tapi tak apa...maksudnya semua org faham. Kalau diubah bulat kepada sfera then ramai yg tak faham pun mendatangkan masalah...tak sesuai dengan cara kita. Tertulisnya pasal bola itu bulat ini selepas aku menyaksikan Chelsea yg nyaris dimalukan oleh Birmingham apabila bernasib baik seri di Stamford Bridge. Permainan Chelsea nampak ok tapi penyudah yang tak menjadi. Arsenal pun bernasib baik mng 1-0 vs Boro. Time aku taip entry ni aku dah boring menonton game MU vs Norwich. Aku dah canteeekk punya serapkan beberapa pemain MU dlm team Fantasy Football setelah mengambilkira Norwich bakal menjadi pasukan belasahan sebagaimana dikalahkan 4-1 oleh Arsenal dalam perlawanan lepas. Biarlah...bola itu bulat.
Bagaimana dengan CSI New York? Siri pilotnya telah pun ditayangkan selasa lepas. Aku hanya sempat menonton 1/2 jam terakhir dan masih terlalu awal bagi menilai kredibiliti boss CSI NY--nama watak dia ni pun aku tak ingat lagi. Tetapi sekilas pandangan watak boss ni cuba digambarkan mempunyai sejarah peribadi keluarga. Tak kisah lah...CSI lain pun selalu aku miss awal-awal siri sbb terlalu susah sesuatu rancangan tu akan menarik minat aku on the spot. Biasa lah awal siri selalunya membosankan sebab plot baru nak berkembang, watak2 pun tak dikenali lagi kecualilah siri-siri yang diadaptasikan daripada francais2 popular seperti Smallville. Smallville dari 1st siri aku dah suka sbb mmg dah tahu sejarah superman. The lost pun dah menampakkan kesuspenan dan thrill-nya. Satu demi satu watak passenger kapal terbang tu dikembangkan dan yang menariknya pengembangan watak tu pun penuh misteri. Last week watak lelaki botak tu asalnya lumpuh berkerusi roda, tp dia dah pulih semasa kapal terbang tu terhempas.
Sekarang tiba-tiba shj byk pulak siri-siri tv menarik. Antara yg turut menarik perhatian aku tapi takde laa jadi pengikut setia ialah Without a Trace dan NCIS-ni pun ala-ala CSI.
#
posted by jed1 @ 1:33 am