Berbekalkan kelebihan 2 gol setelah menang 4-2 dalam pusingan pertama di Stamford Bridge, Chelsea sememangnya tiada alasan utk tidak layak ke semi final. Tapi Bayern Munich pun bukan calang2 pasukan dan kehadiran semula Roy Makaay dan Pizarro memantapkan lagi jentera serangan Bayern. Kesungguhan Bayern memang terserlah dengan menguasai perlawanan dan melancarkan serangan bertali-arus. Sebagai penyokong chelsea tahun ni, mmg mendebarkan jugak melihat gerakan2 daripada Ballack dan Ze Roberto yg nyaris2 mendatangkan gol. Tapi luck turut memainkan peranan dalam perlawanan bolasepak. Dalam kerancakan bayern menyerang tu, tetiba frank lampard menjaringkan gol pendahuluan apabila rembatannya terkena lucio dan bola melantun masuk ke dalam gol dgn Oliver Kahn sudahpun tertipah. Emmm letih pulak nak mengulas, dipendekkan cerita lepas tu gol penyamaan daripda bayern menerusi Pizarro...Didier Drogba menanduk masuk gol kedua chelsea...Kemudian pada minit-minit masa kecederaan Bayern menjaring 2 gol lagi menerusi Paolo Guerrero dan M.Scholl. Nampaknya Jose Mourinho kena buat post-mortem sbb chelsea dah 2 kali lost fokus lepaskan gol di minit2 akhir perlawanan.
#
posted by jed1 @ 9:04 pm