Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, April 24, 2005
 
Hari khamis minggu lepas adalah public holiday sempena hari maulidurrasul. Kerja 3 hari then cuti hari khamis sebelum kerja balik hari jumaat dan cuti pula hujung minggu. Kalau mengikutkan naluri kemalasan aku, bagus kalau cuti hari rabu juga. So kerja hari isnin, selasa, cuti rabu then kerja balik khamis jumaat sebelum cuti 2 hari weekend. Hahaha mesti bankrap kompeni.

Masa cuti khamis tu aku menemani seorang rakan membeli PC di Plaza Low Yatt. Terkenang pula zaman student dimana aku habiskan duit loan membeli pc semasa 2nd year. Time tu dengan harga RM2400 aku membeli PC dgn spec terhebat pd zamannya iaitu pentium 2 233mhz, SDRAM 32MB dan Harddisk Quantum Fireball 3.2GB dan tak lupa juga Monitor Likom 14inch. Sungguh pantas perkembangan teknologi sekarang aku boleh spent dlm RM1500 shj utk Pentium 4 2.4GHz, DDR-RAM 256MB, Hdisk 80Gb dan monitor 15 inci. Masa zaman student passion pd teknologi komputer sgt ketara. Semua nak tahu yang latest dan kalau ada budget sure upgrade pc. Tapi bila dah kerja dan umur pun meningkat ni, semua tu dah berlalu. AKu dah tak berminat...cukup PC dgn spec yg aku boleh surfing dgn lancar, boleh buat programming dan compile tanpa masalah dan sekarang aku lebih selesa dgn notebook, senang nak bawa ke mana-mana. Sekarang lebih berminat nak fikir pasal nak tukar kereta, nak beli rumah dan orang rumah ;)

Semakin menghampiri penghujung musim liga bolasepak utama eropah semakin menarik. Dalam EPL kecuali persaingan kejuaraan yang hampir pasti dimenangi oleh Chelsea, persaingan merebut tempat ke Liga Juara serta persaingan kekal dlm liga perdana adalah sangat hebat. Musim ini pasukan2 kecil telah menunjukkan prestasi yg mengagumkan terutama Everton, Bolton dan Boro. Persaingan survivor pula menyaksikan Norwich dan Crystal Palace bersaing hebat hingga mampu membenam pasukan gergasi seperti MU dan Liverpool dalam usaha utk kekal dalam liga.


Comments: Post a Comment


  • Di saat entri ini ditaip, aku tgh pasang radio dan...
  • Berbekalkan kelebihan 2 gol setelah menang 4-2 dal...
  • Perumpamaan Bola itu Bulat bererti segala2nya bole...
  • Thierry Henry score hattrick dlm game vs Norwich d...
  • 1hb April...sudah masuk 2nd quarter of the year. H...
  • Star Wars
  • 8 pasukan ke suku akhir CL telah pun diketahui...m...
  • chelsea berjaya memenangi carling cup selepas meng...
  • 2 hari mengantuk kat opis disebabkan champion leag...
  • yaaa...saat dinanti telah pun tiba..malam ni atau ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1