Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Friday, May 06, 2005
 
Bulan May bakal memasuki minggu kedua. Lagi 2 minggu akan release filem yang ditunggu-tunggu Star Wars: Revenge of the Sith. Promosi besar-besaran telah pun dijalankan di seluruh dunia. Sebagai francais popular memang Star Wars sudah ada die-hard fan-nya sendiri. Dalam filem ini, bakal dipertontonkan teknik CGI terkini dan bagaimana Dark Side akhirnya menguasai the Force dengan tumpasnya Jedi kepada the Sith dan kebangkitan Darth Vader. Antara scene menarik adalah "pertarungan dalam neraka" di antara Anakin Skywalker dan Obi Wan Kenobi.

Selain perlawanan akhir Champion League dan piala FA, bolasepak sudahpun sampai kemuncak musim. Pastinya minggu-minggu membosankan selepas ini. Sudah pastinya Akademi Fantasia 3 bakal mengisi kekosongan slot biasa waktu bolasepak di hujung minggu. Chelsea sudahpun dinobatkan sebagai Juara EPL 04/05. Great season for Terry and the gang. Kekalahan kepada Liverpool dalam semifinal memang agak mentensionkan aku disebabkan performance liverpool sangat-sangat tak konsisten dalam liga. SO aku membayangkan perlawanan final nanti bertemu AC Milan sure membosankan. Rafael Benitez nampaknya menggunakan strategi sama seperti Greece dalam Euro2004. Permainan yang sangat defensive. Tapi itulah bolasepak. Mari kita sorot beberapa situasi yg melihatkan nasib sesuatu pasukan itu boleh berubah:

-WOrld Cup 2002: Brazil menjadi juara walaupun di pusingan kelayakan hampeh gilos. Argentina yg menjadi hot-favourite apabila dgn mudah mengungguli zon kelayakan Amerika Selatan tersingkir di pusingan awal lagi.
-Real Madrid menjuarai champion league tetapi hanya menduduki tempat kelima dlm La Liga. Season tu kalau tak salah thn 2001 di mana Deportivo La Coruna menjuarai La Liga.
-Greece menjuarai Euro2004 tanpa diberi expectation langsung.
-MPPJ Selangor menjuarai Piala Malaysia walaupun berstatus kelab..hahaha

Nasib baik AC Milan yg layak ke final bukannya PSV. Kalau PSV yg masuk sure aku malas nak tgk sepertimana thn lepas apabila Porto vs Monaco. AC Milan akan turun sbg clear favourite tapi sekiranya Liverpool mampu menewaskan Chelsea dan Juventus, mereka juga mampu menewaskan Milan.

Harga minyak naik lagi. Perbelanjaan makin meningkat. Apa boleh buat sebagai rakyat biasa hanya mampu menurut shj apa decision kerajaan. Cuma tak perlu lah nak bagi statistik harga minyak Malaysia lagi murah dr negara-negara serantau semata-mata nak menunjukkan kenaikan harga tu reasonable. Mana sama Singapore yg income penduduk dan nilai matawangnya yg tinggi atau Thailand yg kos hidup rakyatnya yg rendah dengan situasi kehidupan kita di sini. Minyak naik harga akan menyebabkan harga barang pun naik juga sedangkan pendapatan tidak berubah. Pastinya membebankan.


Comments: Post a Comment


  • Hari khamis minggu lepas adalah public holiday sem...
  • Di saat entri ini ditaip, aku tgh pasang radio dan...
  • Berbekalkan kelebihan 2 gol setelah menang 4-2 dal...
  • Perumpamaan Bola itu Bulat bererti segala2nya bole...
  • Thierry Henry score hattrick dlm game vs Norwich d...
  • 1hb April...sudah masuk 2nd quarter of the year. H...
  • Star Wars
  • 8 pasukan ke suku akhir CL telah pun diketahui...m...
  • chelsea berjaya memenangi carling cup selepas meng...
  • 2 hari mengantuk kat opis disebabkan champion leag...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1