Aku baru saja menonton perlawanan di antara Chelsea dan Charlton. Kesudahannya Chelsea mng 1-0 hasil penalti oleh Makelele setelah Frank Lampard dijatuhkan walaupun kelihatan di luar kotak penalti. Perlawanan tersebut hanya menjadi pelengkap kepada pesta meraikan kejayaan Chelsea sebagai Juara EPL 04/05. Habis perlawanan majlis penyerahan tropi dijalankan dan diraikan oleh penyokong2 the Blues setelah menanti lebih 50 tahun utk muncul sbg juara.
Sememangnya season ini milik chelsea. Cuma kegagalan ke final CL merencat sikit kehebatan chelsea. Tapi ok lah tu, kalau menang semua piala nanti riak terlebih pulak. Sebagai tribute kepada pencapaian Chelsea, mari kita lihat beberapa fakta menarik berkenaan Chelsea dari pandangan aku:
-Kedatangan Jose Mourinho menggantikan Claudio Ranieri mengubah nasib Chelsea kepada pasukan yg paling konsisten dalam EPL. Mourinho membuktikan kehebatan beliau sbg manager dan coach sehebat keceluparan dan ego beliau hehehehe.
-Polisi 2 pemain bertaraf bintang bagi setiap posisi diteruskan sejak pengambilalihan Abromovich. Setelah menghabiskan lebih 100juta di zaman Ranieri, kedatangan Mourinho pula membawa masuk 11 pemain baru dngn sebhagiannya adalah dari portugal.
Pemain-pemain yg di off-load termasuklah Hasselbaink, Gronkjaer, Veron, Crespo, Melchiot dan sapa lagi ntah.
-Permulaan musim menyaksikan prestasi chelsea tak menentu dan susah sangat nak score. Kemasukan Arjen Robben merubah prestasi chelsea dengan style permainan yg lebih menyerang dan mula asyik menang besar.
-Kekuatan sebenar chelsea adalah midfield dan defence. Chelsea bermasalah dgn bhg serangan. Didier Drogba dan Kezman bagi aku gagal menepati status penyerang handalan. Hasilnya penjaring terbanyak chelsea musim ini adalah Frank Lampard. Kalau aku jd manager next season aku jual kezman dan panggil balik Crespo atau beli je Shevcenko dari AC Milan.
-Wingers kembar chelsea Damien Duff dan Robben membentuk kombinasi terbaik dengan Lampard di tgh. Kecederaan Robben membuka ruang kepada Joe Cole menunjukkan prestasi terbaiknya sehingga menjadi regular player dlm skuad England.
-Wayne Bridge dan Scott Parker mengalami kecederaan panjang dan tidak dapat beraksi sepanjang musim.
-Lampard dan Terry menjadi tonggak Chelsea dan memonopoli anugerah pemain terbaik England musim ini.
-Apabila Glenn Johnson bermain sebagai bek kanan, dia merupakan the weakest point utk pertahanan Chelsea. Selalu sangat gagal mengekang penyerang lawan dan membuat kesilapan bodoh.
-Carlo Cudicini menjadi penjaga gol terbaik EPL last season tetapi kedatangan Petr Cech terus menutup peluangnya dalam 1st eleven dan ternyata Cech juga merupakan penjaga gol yg hebat. Dia dah memecahkan rekod Peter Schmeichel sbg penjaga gol yg paling lama tidak melepaskan gol dlm EPL.
-Hanya Man City yg berjaya mengalahkan Chelsea dlm EPL season ini- setakat entry ini ditulis.
-Pemain-pemain yg dikaitkan dgn Chelsea musim depan: Steven Gerrard, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Xavi, Jaoquin, Jermaine Defoe, Kaka dan semua pemain2 star. Kemungkinan besar Hernan Crespo akan kembali ke chelsea selepas dipinjamkan ke AC Milan kecuali milan sanggup membeli pemain argentina tersebut.
Apa yg pasti untuk musim depan pasukan-pasukan lain terutama MU dan Arsenal pastinya tidak akan membiarkan Chelsea meneruskan penguasaannya. Bagaimanapun pasukan-pasukan utama dunia dilihat perlu membuat investment kepada pemain2 muda berbakat memandangkan star-star player semua sudah berusia dan menghampiri hujung karier eg Zidane, Figo, Ronaldo, Beckham dan Shevcenco-tak berbaloi pula nak beli mahal-mahal.