Sepanjang minggu lepas isu remaja dr Perlis yg dihukum penjara kerana tidak melapor diri ke PLKN menjadi isu hangat dlm media. Sesiapa pun yg melihat liputan berita tersebut pasti akan merasa sedih dan marah disebabkan remaja tersebut berasal dr keluarga miskin dan bekerja di bendang utk menyara keluarganya. Hasil drp isu tersebut pelbagai pihak mencadangkan agar hukuman penjara bg kesalahan2 seperti tak hadir PLKN dikaji semula. Kesalahan tersebut bukanlah termasuk kategori jenayah dan tidak wajar dipenjarakan seolah2 setaraf dgn kesalahan mencuri, merompak dan sebagainya. Kasihan juga bila melihat remaja tersebut dengan tiba2 mendapat publisiti meluas dengan imej beliau digari dibawa masuk ke black maria dan dipenjara 1 malam tersebar di kaca tv dan akhbar. Aku harap perlaksanaan hukuman ke atas peserta yg gagal melaporkan diri ini dibuat secara adil kepada semua. Mansuhkan pembayaran denda disebabkan ini hanya menguntungkan anak2 org berada. Maksudnya semua mesti menjalani hukuman sekiranya didapati bersalah.
Aku menyokong program PLKN. Kalau zaman remaja aku dulu dah diperkenalkan program ini sure aku mesti join punya. Bagaimanapun perlaksanaan PLKN mesti sentiasa diperkemaskan sbb masa mula diperkenalkan dulu aku lihat mcm tiada perancangan rapi...semua ad-hoc jek. Tapi kita perlu menyokong usaha kerajaan dlm memupuk perpaduan kaum dan semangat kebangsaan dlam program PLKN ini.
Minggu ni, liga2 eropah tinggal baki 1-2 games saja lagi. Sungguh sedih nanti waktu2 weekend aku dah takde menda nak buat. Baca soccernet.com pun dah boring. Terpaksalah mengikuti Liga Malaysia pulak hehehehe .... Berita terkini Barcelona sah menjadi juara Liga Sepanyol selepas Real Madrid seri. They deserved the title dgn permainan yg konsisten sepanjang musim. Sementara itu, kedudukan Liverpool dalam champion league next season menjadi isu apabila mereka gagal menempatkan diri dlm 4 pasukan teratas dalam EPL-in case kalau mereka menjadi juara Champion League season ini. Hmmmm hehehehe kalau ye pun nak jadi isu, menang laa dulu CL lawan AC Milan nanti...menyampah pulak aku baca liputan isu ini seolah2 Liverpool confirm juara. Kalau aku jadi penyokong Milan sure aku bengang :D
#
posted by jed1 @ 9:58 am