Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm perlawanan akhir Champion League minggu lepas, berakhirlah musim bolasepak Eropah. Serentak itu juga Akademi Fantasia 4 bermula dgn beberapa peserta wanitanya nmpak agak mengancam. Tapi aku tak peduli pun AF4 memandangkan lagi 3 minggu akan bermula World Cup Germany....sungguh teruja. Peringkat awal aku akan sokong Argentina tapi aku harap pasukan Afrika yg akan jadi juara. Tak kisahlah Trinidad & Tobago ke, Ivory Coast ke..sure best. Setakat ini negara yg menang hanya mengambil giliran antara pasukan eropah atau amerika selatan. Takpe lagi 3 minggu je lagi.
Arsenal kalah dgn lehman kena buang padang dlm masa baru belasan minit. Walaupun berjaya score pendahuluan menerusi Sol Campbel, hanya tunggu masa je Barcelona nak samakan kedudukan-sama situasi seperti mereka kalahkan chelsea. Tapi malangnya ketika permainan hanya berbaki 15 minit Barcelona berjaya mendapatkan 2 gol. Midfield Arsenal mmg sgt lompong, nasib baik pertahanan agak mantap dgn Ronaldinho dikunci rapat pergerakannya. So dikala chelsea tgh mengintai 3 pemain baru di posisi penyerang, midfield--dah pun dapat Michael Ballack, serta pertahanan; Arsenal perlu mencari pemain midfield bertaraf dunia dan juga pelapis pemain sayap yg sudah dimakan usia seperti Ljungberg dan Pires. Dengan MU dan Liverpool semakin mantap permainan mereka, Arsenal tak boleh ketinggalan dalam mencabar Chelsea utk kejuaraan musim depan.
American Idol minggu lepas menyaksikan Elliot terkeluar...so Taylor dan Mcphee akan menentukan siapa yg bakal menjadi next American Idol. Last week Elliot konsisten secara biasa tapi mcphee sangat menonjol dgn lagu kedua. Taylor diramalkan akan menang.
Baca the Star minggu lepas hari apa ntah dah tahu siapa yang menang Survivor...hahahaha big spoiler...yang menang 1 juta adalah Aras. Final 2 adalah Danielle yg telah menang imuniti terakhir. Danielle memilih Aras bukannya Terry utk ke final. Memang spoil. Kat NTV masih lagi ada 5 org dgn last week Terry berjaya menang imuniti dan menang kereta. Ok lah terry...dia sorang nak lawan semua tp mmg sayang dia gagal dlm cabaran akhir imuniti.
#
posted by jed1 @ 7:35 pm