Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger StatCounter - Free Web Tracker and Counter

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, April 03, 2006
 
Randal You're hired

Apprentice kali ni membosankan. Season finale atau episod last pun tak se-dramatik season2 lepas. Ada ke utk siaran tv episod last yg membabitkan pertembungan Randal dan Rebecca perlu sampai 3 minggu baru habis. Hilang mood nak tgk. Kalau season lepas kita dpt lihat bagaimana kendra dan tana masing2 hebat mempertahankan diri, disokong pendapat peserta2 lain malahan pendapat staff o-tai donald trump pun kita dpt saksikan, tapi kali ni trump hanya bertanya pendapat peserta pompuan...dia tak tanya pun staffnya yg lain---kempunan lak nk tengok kendra bg pendapat.

Randal tak dpt disangkal langsung utk dipilih. Sepanjang episod dan semua tugasan terutama time dia jd PM mmg dia superb. Masa finale aku pn nak tergelak bila carolyn menyindirnya kerana tak check ramalan cuaca utk tugasan terakhirnya. Trump pun nmpak suka sgt kat Rebecca..siap dia bertanyakan randal either patut tak turut ambik rebecca...hahaha randal tak setuju dgn memberi alasan program ni mencari seorang Apprentice bukan 2 orang. Trump pun kalau nak kasi gimik announce je lah turut nak offer rebecca..dia big boss..ikut suka dia la kan hahaha

So habis apprentice season 4....tunggu jek season baru.


Cerita Bola

Semua liga eropah tinggal 6-7 game saja lagi utk menamatkan season 05/06. EPL makin menarik bila jurang mata chelsea dan MU cuma tinggal 7 mata...woooo dulu 18 mata chelsea didepan. Silap2 putih mata chelsea. Yang paling menarik Arsenal makin konsisten siap belasah Villa 5-0. Daripada ntah2 apa2 awal musim sekarng Arsenal dah dpt rentak--pemain2 mudanya pun dah makin meningkat game mereka. Tapi aku rasa kalau wenger dpt cari sorang midfielder yg world class lagi akan memantapkan team. Sekarang arsenal tgh fight dgn spurs utk tpt ke4. Yg hairannya Chelsea dah nampak mcm hilang rentak. Pemain masih sama. Rotate pemain pn still pemain gred A tp sejak 5 game lepas chelsea hanya menang sekali. Mourinho still dgn sikap belagaknya menyatakan tiada apa yg perlu dirisaukan dgn ancaman MU yg dah menang 8 game berturut2.


Ikan Tongkol RM45

Kalau kedai mamak jual kari kepala ikan dgn harga mencekik darah, takde sapa yg komplen. Makcik tu jual dan si mamat yg beli ni pun dah diberitahu kena bayar lebih dan dia kata tak kisah, sbb bini dia nak sangat mkn lauk ikan tongkol...tp bila diberitahu harga RM45 dia tak puas hati. Makcik tu claim lauk yg dijual tu boleh dimakan oleh 20 orang dan dia pun tak jual lauk dgn nasik. Mamat ni komplen kat paper..implikasinya kedai makcik tu diserbu oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah kerana tak tunjuk tanda harga--bukannya sebab jual lauk ikan tu RM45. Kena laa kompaun RM1000. Mula2 ikuti siri kisah ikan tongkol ni aku mcm sokong mamat ni..ye laa ada ke jual lauk ikan tongkol pun smpai RM45, tp pastu bila baca statement makcik ni aku rasa mcm dia pun betul jugak..so aku pun konfius. Senang cerita lain kali kalau harga barang tu mahal dan ada alternatif lain jgn ler beli. Beli karang tak puas hati pulak. Kalau kena beli jugak anggap je tu rezeki penjual tu terutama kalau penjual tu pun beragama Islam. Niat je sedekah.


SureHeboh JomHeboh, Infotainmen Inforia

Dalam usaha memertabatkan bahasa kebangsaan, TV3 dan RTM (dgn pak menterinya yg baru) telah menukar tagline SureHeboh kepada JomHeboh dan Saluran Infotainmen Anda kepada Saluran Inforia Anda. Tahniah di atas usaha ini. Semoga bahasa melayu akan terus mendapat tempat dan tidak terpinggir walaupun di tanahairnya sendiri yang mana mengagungkan bahasa inggeris hinggakan Matematik dan Sains diajar dlm bahasa tersebut yg membuatkan bukan sahaja murid2 pening tapi cikgu pun pening atas nama kemajuan.

Dan tahniah juga kepada mereka yg mendapat tender nak buat balik banner, signboard, tshirt, stationary, buku nota dan apa-apalah disebabkan penukaran tagline tersebut...kayo kayo

p/s Blog ini walaupun mengambil pendekatan bahasa pasar campuran english skit2 tapi sebenarnya masih memertabatkan bahasa kebangsaan :) Kalau tulis skema ikut nahu nanti tak menggambarkan realiti masyarakat -dah jadi skrip Gerak Khas pulak nanti.




  • Check it out sound check sound checkSetiap pagi ha...
  • Tinggal GunnersChelsea out, liverpool lingkup so h...
  • Cooper dan BeepKes Akmal Rizal tak lepas cooper te...
  • Chelsea 1 Barca 2Real Madrid 0 Arsenal 12 mlm bert...
  • MRR2 yg RetakJalan di KL mmg cepat berubah. Diseba...
  • Cerita BolaChelsea makin konsisten seri hahaha dgn...
  • All of U Are FiredApprentice minggu lepas Donald T...
  • HandphoneDulu hp adalah barang mewah...hp dulu bes...
  • Smallville Season 4AKu peminat smallville. Tak per...
  • Entry terakhir 2005Hari ini 31 December 2005..puku...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1