Check it out sound check sound checkSetiap pagi hari kerja aku akan dengar radio era. Aku nak tau keadaan traffic dn seronok dgr khairil dan kieran mengendalikan segmen pagi tersebut. Dan sekarang dgn adanya segmen gitu-gitu di era bersama saiful apek mmg menambahkan lagi kemeriahan pagi di era...apek mmg worlddd hahaha lawak2nya walaupun byk lawak repeated drp shownya, senario, filem mahupun dicedok dan diolah kembali dr mr bean still masih relevan dan tergelak lah mendengarnya. Lawaknya termasuklah berkaitan isu semasa, teka-tekuk, tips kecantikan dan carta lagu masyukk..hahaha...tekak tekuknya yg kalau ingat sure boleh tergelak:
Apek: Siapa yang jumpa dompet kulit?
K&K: Tak tahu lah..tak dpt jawablah..apa jawapannya apek? ---dialog ni aku reka
Apek: Siapa yg jumpa dompet kulit? jawabnya Sila pulangkan kepada saya
hahahaha kelakar
Apek: Usus kalau terbalik jadi apa?
K&K: Susuuuuuu
Apek: Apalah jadi susu, kalau usus terbalik meninggal lah
hahahaha lawak lawak
Aku nak gerak gi kerja pun tunggu habis segmen tu dulu baru gi start keta. Kalau kluar awal dgr dlm keta. Jadi kesimpulannya aku gi kerja mmg awal-selepas habis gitu2 di era.
Sukan KomanwelAKu ikuti perkembangan sukan komanwel kat paper jek. Yg aku tau nicol david kalah. Yg penerjun tu dah leading kat saringan pastu tarik diri masa final. Dan angkat berat penyumbang pingat emas pertama. Dan lagi badminton seperti biasa penyumbang utama pingat emas dgn ketiadaan pemain indon, china atau korea. Hoki bagus di peringkat kumpulan tapi kalah teruk 6-0 kat australia dlm peringkat semi-final. Apa lagi...boling padang, menembak dan gimnastik pun byk sumbang pingat. Tapi dgn calon2 harapan utama sperti nicol, josiah ng gagal menang emas sememangnya tak terjangkau sasaran nak dpt 10 pingat emas. Australia dgn mudah mendominasi pungutan pingat. Mereka merupakan kuasa dunia acara akuatik dan sememangnya akuatik menawarkan pingat terbanyak dlm mana2 pertandingan sukan.
Doktor dan LokumBila menteri kesihatan kita memberi peringatan kepada calon2 cemerlang spm dan stpm supaya berfikir 3-4 kali sebelum memohon course perubatan, mcm2 respon yg diperolehi. Ada yg bersetuju ada yg tak setuju dgn alasan akan melemahkan semangat pelajar2 cemerlang nihh.
Aku masa sekolah rendah bila cikgu tanya cita2 seingat aku, aku jawab nk jd doktor. Tapi sekarang cita2 tu tak kesampaian sbb aku tak jadi doktor pun. Mungkin satu hari nanti aku smbung phd atau aku dah kaya sangat so aku beli je sijil phd tu dpt lah aku letak Dr. di pangkal nama aku.
Secara personal aku setuju dgn kenyataan menteri kita tu. Nak jd doktor bukan setakat minat shj tapi mesti ada semangat dan kekuatan akademik yg lebih. Ada kawan2 aku yg sangat cemerlang di peringkat SPM, matrix dan bersemangat tinggi masuk medic tapi di tgh jln dah surrender-tukar masuk course lain...susahhh
Bidang kedoktoran merupakan profession yg terhebat disebabkan ianya keperluan terpenting dlm kehidupan. Sakit perlukan doktor. Tapi sebenarnya glamour dan kewangan akan dtg dgn sendirinya kepada seseorang doktor kerana masyarakat sememangnya meletakkan doktor dlm hierarki tertinggi.
Cuba bayang Dr Jack tidak bersama penumpang2 lain yg stranded kat pulau misteri dlm The Lost...mesti byk problem berlaku.
Dalam pada itu kementerian kesihatan dan juga kerajaan telah membenarkan doktor2 kerajaan membuat keje sambilan utk pendapatan tambahan selepas waktu keje atau tugasan rasmi. Waaaa best laa doktor kerajaan lepas niii...ada kemungkinan tak doktor2 ni ngulor waktu opis gi buat part time tpt lain? hahahaha rasional kerajaan decide camtu tak mau doktor2 ni lari ke swasta. AKu pn cadang nak buat lokum jugak lah :D harapnya doktor2 yg buat lokum ni tak terabai tanggungjawab asal...nanti sibuk terkejar keje part time, terjejas keje utama...implikasinya tentulah kepada pesakit.
Harga Keta Turun???Kerajaan dh pun melaksanakan Dasar Automatif Negara. Kesannya harga keta dijangka turun hingga 7%--ni keta proton. Keta2 lain camana yek...honda city ke, civic ke, vios ke...kalau harga turun tu dgn kadar yg memberangsangkan mau je aku tukar CLK aku tu.
Teori ekonomi minyak dan kereta adalah barang pelengkap. Harga kereta patut turun disebabkan minyak naik. Kos barang pelengkap ni lagi tinggi sebenarnya disebabkan kekerapan penggunaannya. Kisah harga keta turun ni dah 2 tahun aku dgr tapi dlm tempoh tu smpai sekarang takde apa2 pun berlaku. Kalau harga turun setakat 3-4 ribu rasanya takde laa memberi kesan pun...still mahal.