Hari Buruh dan Hari Pekerja1 Mei adalah hari buruh atau hari pekerja. Senang cerita hari tu hari cuti umum. Kena pulak baikk jek hari Isnin...so berderet cuti 3 hari. Aku pulak mcm biasa tak ambik pot pun pasal cuti2 umum ni, rasa rugi skit bila cuti lebih tapi takde plan atau aktiviti nak dibuat. Aktiviti rutin tu mcm biasalah. Setakat nak pegi KL windows shopping mintak maaflah...sudah berlalu zaman seperti zaman study tuh. Mungkin aku perlu lebih peka dengan cuti2 umum di masa akan datang supaya dpt memanfaatkannya dgn lebih baik.
Walaubagaimanapun, diucapkan kepada semua pekerja2 di sektor awam mahupun swasta, bekerja sendiri atau menjadi kuli hatta seorang penganggur atau surirumah: Selamat Hari Pekerja 2006.
CL & EPLSudah tersurat Arsenal akan bertemu Barcelona di perlawanan akhir CL. Semi final lalu aku tgk game Arsenal vs Villareal. Walaupun aku bukan penyokong sejati Arsenal, tapi disebabkan Arsenal pasukan drp EPL maka aku sokong Arsenal. Mungkin inilah dikatakan penjajahan minda yg ditinggalkan oleh British selepas merdeka. Walaupun final nanti confirm Barcelona pasukan pilihan dan dari segi line-up pun Barca lagi kuat, tp still aku memilih menyokong Arsenal. Tapi hakikatnya juga Arsenal bukannya ada pemain english...semua pemain import. Dan sangatlah mejadi harapan aku Arsenal akan mempamerkan corak permainan sebagaimana mereka menewaskan real madrid dan juventus dlm final nanti. Tak dapat aku bayangkan sekiranya corak perlawanan seperti ketika lawan villareal digunakan utk menentang Barcelona. Barcelona dgn lineupnya yg ada ronaldinho, etoo, deco, larrson, giuly takkan menunggu lama utk score sekiranya lawannya hanya bermain defensive. Chelsea yg gah dgn barisan pertahanannya yg mantap pun tak terdaya menahan asakan ronaldinho n co.
Chelsea pulak dah sah menjadi juara EPL musim ini selepas menewaskan Manchester United 3-0. Tak sepertimana ketika tewas kepada liverpool dlm semifinal FA cup minggu lepas---maurinho menurunkan line-up yg pelik, dgn fereira kat tgh dan tak sorang pun dikalangan duff, cole, robben atau wright-phillip yg diturunkan---kali ni line-up yg proven kuat diturunkan dgn Joe Cole dan Robben di bhgn sayap. Walaupun MU memberi tentangan yg kuat-rooney nyaris2 score, tp akhirnya chelsea menang 3-0. So back to back championship utk chelsea. Kalau diikutkan takde peningkatan dlm skuad chelsea terutama dlm perlawanan kalah mati seperti CL dan FA cup. Next season dah ada pemain baru yg bakal dibeli dan sekurang2nya 3 starnya sekarang akan dioffload.
Apa2pun final CL yg tak sabar dinantikan dan selepas itu World Cup pulak.
American IdolAkhirnya Kellie Pickler terkeluar. Bagussss harap next week Paris lak kluar.
Tangki Minyak Depot Petronas TerbakarAkhbar mengatakan ianya berpunca daripada petir. Akibatnya beratus ribu liter minyak terbakar dan memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar. Harapnya peristiwa ini takkan menyebabkan harga minyak akan dinaikkan lagi.
Minggu Saham Amanah Malaysia Aku baru berangan dan bercadang nak beli saham Amanah Saham Malaysia. Sekurang2nya ada jugak pelaburan utk masa depan. Tapi dalam masa kurang sejam habis semua saham2 tersebut...malah ada pembeli sanggup menunggu seawal 5 pagi lagi menunggu kaunter buka. Ishhh kali terakhir aku sanggup beratur camtu masa kat universiti dulu masa nak register subjek. kalau lambat karang tak dapat subjek yg penting terpaksa tangguh semester berikutnya. Antara faktor utama saham2 tu habis cepat adalah disebabkan ianya dibuka kepada semua kaum. Kalau buka utk bumiputra sahaja rasa aku takde la habis cepat camtu. Antara komen2 org ramai yg gagal membeli saham tersebut ialah perlunya had pelaburan bagi individu. Aku bersetuju dgn saranan tersebut. Mana aci org yg kaya raya beli saham tersebut byk2 yang kesannya menutup peluang pelabur2 kecil.
Akhir sekali pesanan utk semua..carilah peluang pelaburan yang diyakini dan mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Usahlah melabur dalam skim2 cepat kaya internet yg saban hari ada je invitation dlm email aku. Autosurf pun sama sejak stormpay hampeh tu buat hal. Sememangnya tiada jalan pintas utk menjadi kaya raya kecuali anak org kaya atau menang loteri---tapi haram tau.