Cooper dan BeepKes Akmal Rizal tak lepas cooper test yg menyebabkan dia tak dpt beraksi dlm liga Malaysia mmg menarik perhatian aku. Cooper test memerlukan pemain menghabiskan larian sejauh 3000m di bawah 12 minit. Akmal hanya berjaya setakat 2800m dlm tempoh tersebut. Aku pn hairan gak camana dia boleh fail sedangkan dia bertahun2 berlatih kat France dan budak2 bola even peringkat sekolah pun biasanya takde masalah bab berlari2 ni. Sebab tu aku bila main bola asyik dok kat belakang jek sbb letih oooo main bola kena lari sana sini. Kalau game court base boleh bermain berjam-jam (dulu ler time study-skrang main badminton 3 set pun dah tercungap) tapi tidak bola. Sejak kes akmal ni jugak baru aku tau test2 kecergasan lain seperti beep test yg diamalkan oleh kebanyakan negara eropah dan singapore. Beep test lagi dasat. Pemain kena berlari drp 1 point ke 1 point yg lain sebelum bunyi beep. Dan jangka masa bunyi beep ni akan semakin singkat, memerlukan pemain berlari lagi pantas dan test akan stop bila pemain dah tak larat nak berlari. So akmal yg bercadang nak ke liga singapore kena pk byk kali gak ler boleh lepas ke beep test kalau cooper test pun tak lepas.
Bagaimanapun kecergasan pemain bergantung pada keadaan semasa. Jurulatih yg berhak menentukan pemain tu boleh diturunkan atau tak. Walaupun tak cergas tp kalau diperlukan sesangat, kena diturunkan bermain gak.
Banjir kat Shah AlamMlm tu mmg hujan lebat sgt...tapi tak sangka ler boleh banjir besar kat Shah Alam-bandar yg terancang sebelum putrajaya. Member aku pun tenggelam ketanya...kasihan sungguh. Bukan skit tu kos nak overhaul balik keta. Tgk berita kat tv ada mangsa yg meminta bantuan makanan kat pasukan penyelamat. Tengoklah...walaupun kaya, berharta, berkereta mewah...tp sesekali tuhan turunkan bencana, kita akan kembali kepada keperluan asas yg dlm situasi tersebut semua kemewahan yg ada seolah2 tak bermakna.
Minyak Naik 3 kupangBak kata timbalan perdana menteri kita, marilah kita ubah gaya hidup..berjimatlah. Elok nak berjimat harga barang lak naik-jimat pun nmpak mcm tak memberi kesan kepada perbelanjaan jugak. Yang kelakar aku rasa semasa siaran langsung bersama TPM, masa yg diperuntukkan dlm 1/2 jam jek siap bila nak habis si pengacara terkocoh2 kata masa dah nak abis. Hmmm ketua kerajaan yg muncul kat tv pun terikat dgn slot masa yg diperuntukkan jugak ye...sbbnya ada rancangan lain yg tgh que nak disiarkan-drama dan hiburan.
Pasca kenaikan harga minyak ni aku mcm biasa-tetap kena isi minyak bila minyak keta dah nak habis.
#
posted by jed1 @ 10:00 am