Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, May 06, 2006
 
Piala Thomas


Jumaat lepas skuad negara berhempas pulas menentang Denmark dalam perlawanan badminton piala Thomas peringkat separuh akhir. Setelah dipuji dgn persembahan hebat semasa menewaskan korea di peringkat suku akhir, rentak kemenangan itu tak terdaya dipertahankan apabila akhirnya tewas 3-2. Ketua jurulatih Yap Kim Hock membuat rumusan faktor utama kekalahan adalah ketiadaan wong choon han yg cedera dan faktor kekurangan pengalaman perseorangan ketiga Kuan Beng Hong. Semasa choon han cedera dan memberikan kemenangan percuma kepada korea, semua menjadikan ia sebagai satu pendorong semangat utk menentang korea habis-habisan. Tapi ia tidak berlanjutan semasa menentang denmark. Aku tak bersetuju sekiranya Beng Hong dipersalahkan kerana malaysia sepatutnya mengharapkan mata daripada chong wei atau hafiz tapi kalah pulak diorang ni. Beregu mmg boleh diharapkan disebabkan mereka berada di antara ranking terbaik dunia. Beng Hong pun satu hal la jugak, ketara sgt kegugupannya semasa set pertama hingga kalah mudah. 2nd set boleh pulak dia menentang habis-habisan.

Kekalahan malaysia akan menemukan Denmark dan China di final. Malaysia kena tunggu 2 thn lagi untuk mencuba lagi mendapatkan kembali piala thomas yg kali terakhir diperolehi 1992.

Sistem 21 Mata

AKu kali pertama menyaksikan perlawanan badminton dgn sistem 21 mata--kira style pingpong. Memang mengelirukan. Sistem ni menyebabkan permainan menjadi kurang menarik disebabkan pemain perlu mengelak dr melakukan byk kesilapan. Kesilapan bermaksud mata utk lawan. Thrill badminton itu seakan-akan hilang. Service sudah menjadi tidak bernilai. Takde makna kalau pegang service tapi pastu silap pukul shuttle kluar sbb point lawan akan naik. Reason IBF buat sistem ni utk mengelakkan waktu permainan yg panjang. Musykil betul aku dgn alasan ni. Kalau sepaktakraw mmg logik tapi ini badminton. Kalau sistem tenis yg ada game berlarutan hingga 2 jam boleh diterima umum kenapa pula badminton hendak diubah? Aku mmg tak sokong sistem 21 mata. Tapi kalau nak implement jugak lama-lama akan jadi biasa lah.


American Idol

Seronok aku bila Paris terkeluar. Yaaaa sekarang tinggal Elliot, Taylor, Chris dan Mcphee. Kalau ikut trend pengundian elliot bakal terkeluar minggu depan dan final mungkin antara Taylor dan Chris. Ntahh tak kisah lah. Tapi aku suka kalau Elliot dan Chris ke final. Aku kekadang boring jugak tgk AI ni sbb ntah lagu apa ntah diorang ni nyanyi...tak pernahnya aku dgr.


Utusan Melayu dihidupkan kembali

Setelah terpaksa ditutup penerbitannya disebabkan tak mendapat sambutan, akhbar jawi utusan melayu dihidupkan kembali. AKu pun tak tahu bagaimana masa depan tulisan jawi dlm masyarakat kita. Anda tahu baca dan tulis jawi? Aku boleh baca dan tulis dan aku rasa generasi aku semua tahu baca dan tulis jawi. Dulu subjek agama Islam peringkat sekolah pelajar diwajibkan menulis jawi tapi telah diubah yg mana pelajar boleh menjawab soalan dalam tulisan rumi. Sayang kalau tulisan jawi akan terkubur pada generasi akan datang. Sememangnya tulisan jawi adalah milik org melayu yg mengadaptasikan huruf-huruf arab. Org indon yg pun tak tahu baca jawi. AKu harap generasi sekarang sekurang2nya tahu tulis dan baca jawi walaupun jarang mempraktikkannya--mcm aku sekarang.


MyTeam

Baca komen entry lepas dari wirawan dan kwan, baru aku perasan tak pernahnya aku tulis pasa myteam walaupun aku declare diri aku sbg peminat bola hahaha Sebenarnya aku tak ikut sgt perkembangan myteam nihh dan tak pernah tgk pun. Tapi aku tgk minggu lepas. Konsep realiti tertunda cuba diketengahkan utk siri tv. Siap ada segmen fired out dari shebby dgn diiringi lagu2 boyzone--nyampah aku hahaha. Aku rasa penerbit mmg nak pemain2 tu mengekalkan loghat negeri masing2 sbb tu pemain asal kelantan cakap kelantan, yg sabah sarawak ngan loghat diorang...hmmm ni dah lari dr kebiasaan sbb mereka skrang kat KL. Biasa org2 kg datang KL pun sure cakap KL hehehe gimik komersial tu.

Tgk dr persiapan myteam, nmpak gah jugak. Siap ada beep test--akmal rizal ambik ni pun belum tentu lepas. Maklumlah sponsor masuk punya la byk. Dalam perlawanan ujian menentang skuad PKNS Selangor myteam dah menang 1-0. Boleh tahan tu. Cuma hala tuju myteam selepas lawan pasukan malaysia yg bakal dipersoalkan. Tp kalau dah KJ yg jd ownernya rasa aku sure ada future lah. Ikut perancangan mereka akan masuk dlm liga perdana. Pemain2 skrang pun dah sign kontrak 2 thn.




  • Hari Buruh dan Hari Pekerja1 Mei adalah hari buruh...
  • CLArsenal menang 1-0 dan Barca pun menang 1-0. Fin...
  • Maulidur-RasulPerarakan bermula dari dataran merde...
  • Randal You're hiredApprentice kali ni membosankan....
  • Check it out sound check sound checkSetiap pagi ha...
  • Tinggal GunnersChelsea out, liverpool lingkup so h...
  • Cooper dan BeepKes Akmal Rizal tak lepas cooper te...
  • Chelsea 1 Barca 2Real Madrid 0 Arsenal 12 mlm bert...
  • MRR2 yg RetakJalan di KL mmg cepat berubah. Diseba...
  • Cerita BolaChelsea makin konsisten seri hahaha dgn...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1