Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, September 04, 2006
 
Tevez Ke West Ham

Aku dah mati2 ingat Carlos Tevez akan berhijrah ke Arsenal bila Wenger bid dia dr corinthian. Tiba2 je Tevez ke West Ham bersama Mascherano. Kalau tevez ke Arsenal aku dah jd penyokong the Gunners thn nihh...tp dia pilih west ham sbb katanya kat Arsenal, Chelsea atau MU saingan posisinya sgt kuat dan dia nak jd regular player. Kita tgk dulu perkembangan tevez ni di EPL. Muda lagi dia ni baru 22 thn. Sayangnya kalau tak dah boleh lihat dia pair dgn Henry utk attacking Arsenal.

Ashley cole dah sah ke chelsea. Ikut berita transfer tu berlangsung lagi 3 minit sebelum masa akhir perpindahan pemain tamat. Arsenal berjaya memperolehi 5 juta paun dengan William Gallas. Aku rasa ni win-win situation la bg Arsenal. Gallas pun pemain yg bagus dan serba boleh di bhg bek. Chelsea skrang ada cole dan wayne bridge utk posisi bek kiri dan kedua2nya player England. Maybe Ashley Cole lagi effective sbb lagi robust.

Kemasukan Ballack dan Shevchenko merubah rentak permainan Chelsea. Berubah sbb formasi dah tukar dan player baru dah masuk. Lain siutt corak game chelsea compare thn lepas. Tapi new player chelsea spt ballack, sheva, kalou dan khalid the cannibal masih nmpak struggle nak sesuaikan diri dgn style english.

Bajet 2007

AKu kurang ambik tahu pasal bajet 2007. Yang aku dengar org2 gomen dapat bonus. Apa lagi staf2 gomen tu...kena ler belanja. Selain tu, yuran2 sekolah dan peperiksaan dimansuhkan, ni mmg bagus terutama utk mereka yg berpendapatan rendah. Yang aku tak best tu cukai arak dan rokok tak dinaikkan 100% spt thn2 lepas. Naikkan je laa...ni bertujuan utk elakkan perokok2 baru terjebak..perokok2 tegar mmg dah tak buleh kata apa dah, biar je diorang pk sendiri camana nak survive bila harga rokok naik.

Musim Peperiksaan

Minggu ni UPSR start. Kat kg aku ada ja keluarga yg jemput utk bacaan yassin sempena anak depa ni nak ambik exam. Maka berliter2 air yassin diletakkan utk diambik berkat supaya hati menjadi terang. Ada juga yang meminta tuan2 guru, yang alim2 supaya mendoakan kejayaan anak mereka hinggakan pensel, pemadam pun turut didoakan (nak sebut jampi mcm tak sesuai). Begitulah harapan ibu-bapa utk kejayaan anak2 mereka. Aku dulu pun hadapi situasi yg sama bila cikgu sekolah sendiri ambik inisiatif jumpa tok guru utk "jampikan" pensel dan kemudiannya diedarkan kepada murid2. Air bacaan yassin pula diletakkan diluar dewan peperiksaan dlm tong, boleh ambik utk diminum. Katanya dgn pensel yg telah didoakan itu, dan minum air yassin hati akan menjadi lebih tenang semasa menjawab exam. Susahkan bila benda ni dah jadi adat dlm masyarakat? Kita boleh meminta org alim mendoakan sesuatu tp bila masuk bab pensel pemadam turut "dijampi" aku pasti ia sebenarnya menyalahi agama. Bimbang jugak pemikiran murid2 terpesong dgn menyangka pensel yg dijampi itu akan membantu mereka dlm menjawab exam sedangkan segala ketentuan adalah directly drp Allah. Konsep asas adalah usaha, amal dan tawakal serta diiringi doa patut menjadi pegangan semua dlm setiap perkara termasuklah ketika menghadapi peperiksaan.




  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...
  • Suami SurirumahAku tak pasti bagaimana isu isteri ...
  • Piala ThomasJumaat lepas skuad negara berhempas pu...
  • Hari Buruh dan Hari Pekerja1 Mei adalah hari buruh...
  • CLArsenal menang 1-0 dan Barca pun menang 1-0. Fin...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1