Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, July 30, 2006
 
Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berlangsung mmg takde masa nak update blog. Faktor2 lain yg buat aku takde idea nak update blog:

1) Frust dgn Siti Nurhaliza. Datuk K jugak pilihannya. Yang takleh terima tuh siti minat kat datuk K masa dia masih suami orang dgn anak dah 4. Haiii siti yg berupa, berharta, berpopular pun minat kat suami org. Serentak dgn pengumuman datuk K dan Siti ttg perkahwinan mereka, email2 rancak bersebaran memaparkan mcm2 cerita & gambar anak2 datuk K bersosial, kisah datuk K dan ex-wifenya dan email yg mempersendakan pilihan siti...kelakar

2) Serangan Israel ke atas palestin dan lebanon. Memikirkan lemahnya umat Islam yg hanya hanya mampu mengecam tanpa tindakan serta mendesak diadakan gencatan senjata.


Imbasan World Cup 2006


World Cup 2006 sudah habis. Semua tahu Itali adalah juara. Tapi perancis pun menang jugak. "Perancis menang motorrr". Semua org dah tahu kenapa zidane menanduk dada materazzi hingga dibuang padang. Habis sudah pesta sedunia selama sebulan. Betapa bolasepak merupakan sukan no 1 dunia yang diminati segenap lapisan manusia. Negara2 yg bertanding membawa kebanggaan rakyat masing2. Tapi aku dan rakyat malaysia yg lain turut sama bersengkang mata tak tido menonton bola walaupun bukan Malaysia yg bertanding. Cuba bayangkan kalau Malaysia menjadi kuasa bolasepak dunia..sure usaha aku berjaga mlm tak tido itu lebih berbaloi.

Dulu aku pernah berpikir kena dinamakan Piala Dunia? Adakah juara Dunia akan mewakili planet bumi menentang pasukan2 planet lain? Mungkin aku terlalu byk baca komik masa tersebut.

Mari kita mengimbas kenangan2 manis, pahit masam sepanjang world cup berlangsung dari pandangan dan vision seorang padawan jedi:

1) Final World Cup

Sungguhpun France dan Itali merupakan antara pasukan pilihan, tp takdelaa sapa yg sangka 2 team ni akan bertemu di final. Pilihan final yg terbaik mungkin Argentina-German atau Brazil-German. Final kali ni antara yg membosankan. Aku hairan Itali tak mempamerkan permainan seperti time lwn German di semifinal. Game german-itali memang antara yg terbaik dgn Itali mempamerkan permainan menyerang-bertahan yg menarik. Pra perlawanan aku memang memilih Itali sbg juara. Aku still ingat final euro 2000 yg mana itali dah diambang kemenangan tp france boleh score minit2 terakhir dan menang goden goal dlm extra time. Bila zidane score penalti ketika game baru nak panas aku dah risau..takkan laa france menang lagi. Tapi pastu itali nampak lebih mendominasi game. Bila gol penyamaan diperolehi game dah jadi seimbang. 2nd half lak sgt membosankan. Yang nyata Cannavaro mmg outstanding..peranan dia mcm John Terry dlm chelsea yg memberi komitmen 100% mengawal benteng. Bila zidane kena kad merah, bayangan kekalahan france sudah terasa. Tapi france still kontrol game. Masuk penalti, trezeguet buat suwey bila sepak kena palang. So Itali menjadi juara buat kali ke4.

2) Mitos Brazil Bakal Juara

Percaya atau tidak aku pun terpengaruh ngan mitos nihh. Dalam worldcup mmg sejarah akan berulang. Cuma fakta yg tepat adalah world cup kembali kepada Eropah. Sejak 1970 Amerika Selatan dan Eropah berselang seli memenangi world cup. Antara mitos ini termasuklah dari segi kiraan matematik yg mana memang menunjukkan Brazil bakal menjulang world cup 2006. Semasa suku akhir aku yg mengharapkan brazil menang semasa vs france boleh rilax dan percaya brazil akan menang walaupun ketinggalan 1-0 hehehehe

3) England yang boring

Barisan tgh dan defence sudah mantap tp serangan hampeh. Aku mmg salahkan Erikson atas decision yg ntah hapa2 terutama sekali terhadap formasi pemain. Dari awal lagi dia dah buat silap bila memasukkan theo walcott dlm senarai penyerang tp hampeh tak turunkan pun. Bila owen injured hanya crouch penyerang senior yg ada. Dah tu boleh pulak dia tukar ke formasi 4-5-1 dgn rooney penyerang tunggal. Kesannya bhg midfield tak berkesan langsung walaupun ada lampard dan gerrard. Fakta ke atas lampard pun menarik...pemain yg statistik shotnya lebih 20 kali tapi 1 gol pun tak masuk. Mmg suwey skit lampard dlm world cup bila sepak penalti pun tak masuk semasa menentang portugal. Sebelum ni dia tak pernah gagal bila amik penalti.

4) Argentina yang malang

Argentina adalah team favourite aku. Aku rasa utk wc ni argentina sangat mantap sebab generasi pemain2 lama dah takde mcm veron, ortega dah walter samuel. Barisan kali ini adalah generasi pemain yg menang Youth World Cup. Semua dlm usia range 18-25. Yg senior sgt pun cuma Crespo, Ayala, Sorin dan keeper diorang. Tapi kekalahan penalti kepd german mmg agak mentensionkan aku. Game dah argentina kontrol tp maybe aku bersetuju dgn media argentina yg menuduh pekerman salah strategi akibat terlalu berhati2 dgn mengeluarkan riquelme dan crespo dan memasukkan pemain yg defensive, akibatnya german dpt gol penyamaan. Antara faktor lain argentina kalah adalah Jens Lehmann. Keeper german tu mmg mantap menghalang penalti.

5) Ivory Coast yg lagi malang

IC dtg dgn reputasi tinggi sbg naib johan Africa. Mmg permainan mereka sngt mantap tp takde luck. Perlawanan vs belanda mmg buat penyokong orange tu senak perut. Mereka kontrol game dan menyerang segenap penjuru tp tak masuk2 gol. Yang jelas IC malang sbb 1 group dgn Argentina dan Holland.

6) Asia yang malang, suwey dan &*(^%$#@

Takde satu team asia yg layak ke 2nd round. Hampehhhh.

7) Terbaik Tercantik

Gol Tercantik: Gol Rodriguez masa argentina vs Mexico
Permainan terbaik: Italy vs German kat semifinal
Game boring: Semua game england
Freekick goal tercantik: Van Persie (vs Ivory Coast), Beckham (vs Ecuador).
Save terbaik: Buffon save tandukan zidane masa final
Teamwork Terbaik: Argentina masa lwn Serbia. Siap ada statistik gol cambiasso adalah hasil drp 24 kali passing.


Nantikan world cup 2010 di Afrika.




  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...
  • Suami SurirumahAku tak pasti bagaimana isu isteri ...
  • Piala ThomasJumaat lepas skuad negara berhempas pu...
  • Hari Buruh dan Hari Pekerja1 Mei adalah hari buruh...
  • CLArsenal menang 1-0 dan Barca pun menang 1-0. Fin...
  • Maulidur-RasulPerarakan bermula dari dataran merde...
  • Randal You're hiredApprentice kali ni membosankan....
  • Check it out sound check sound checkSetiap pagi ha...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1