Maka telah bermula Piala Dunia secara rasminya jumaat lepas. Waaaaarghhhhhh terujanya hahahaha perlawanan pembukaan antara tuan rumah German lawan Costa Rica sbg pembuka tirai. Ini kali pertama perlawanan pembukaan tidak melibatkan juara bertahan. Ingat lagi France kalah mengejut 1-0 kepada Senegal dlm WC 2002? Kali ni German sbg pasukan pilihan group A nampaknya tidak ada masalah menewaskan Costa Rica 4-2 sgn Miroslav Klose score 2 bijik. Last world cup Klose score hattrick ke 4 gol dlm 1st game dia---aku pun dah lupa. Walaupun Ballack tak main sbb injured tak menjejaskan rentak German cuma defence je agak membimbangkan bila 2 gol Costa Rica tu merupakan jaringan padang yg memerangkap benteng german hingga lehman pun tak terdaya menahan.
World Cup start jumaat mlm...baik je timing weekend. Mmg aku maraton tgk bola. Start dgn England vs Paraguay, Sweden vs T&T dan Argentina vs Ivory Coast. Game Ecuador vs Poland je aku skip...sbb team tak best dan tak dikenali hehehehe. So result setakat entry ni ditulis:
German 4 Costa Rica 2
Ecuador 2 Poland 0
England 1 Paraguay 0
Sweden 0 T&T 0
Argentina 2 Ivory Coast 1
Antara semua game ni kecuali Ecuador-Poland sbb aku tak tgk, game England-Paraguay paling membosankan. Dan game paling best setakat ni adalah Argentina-Ivory Coast. Fight nak mampus Ivory Coast esp dlm 2nd half. Tp nampak sgt tektikal game lebih dipentingkan drp joga bonito...lepas leading 2-0 1st half, Argentina lebih byk bertahan hinggakan possesion game 2nd half lebih memihak kepada Ivory Coast. Serangan demi serangan Ivory Coast mmg menyesakkan dada jugak ler dgn Drogba nmpak sgt bahaya---heran tul, kat chelsea aku nmpak drogba ni biasa jek. 2nd half Crespo dan saviola digantikan, lagi laaa Argentina main bertahan, tp game still exciting.
England lak...aku tunggu laa kat tv biasa bila game nak start...tgk paper kata kul 9. Dah 9.15 takde pun game kat tv1, tv2, tv3, ntv7 atau 8tv. Cilakak betul Astro je yg tayang game England nihhh. Bila aku tgk kat Astro dah minit ke 20 dan England dah leading 1-0. Game sgt memboringkan. England mcm takde option striker. Bhg midfield dgn Lampard, Gerrard, Beckham dan Cole pun tak begitu menjadi. Hanya harapkan 2 cubaan jarak jauh Lampard je yg ok pun. Menang pun gol sendiri bila defence Paraguay tertanduk ke gawang sendiri drp sepakan percuma beckham. England memang mempergunakan sepenuhnya ketinggian Peter Crouch dlm setiap serangan. Semua hantar bola tinggi...boring tul. Tp defence paraguay mmg alert giler bila beckham nak ambik free kick. Line-up England aku rasa tak patut ada Ashley Cole yg baru pulih dr injured sbb byk kali mamat ni terlepas bola. Antara yg menarik dlm game ni bila Paul Robinson buat sepakan gol, bola melambung tinggi siap terkena dgn kotak layar gergasi..tinggi tuuu, siap commentator gelak dgn kata 'Mighty Robinson' kat gollie england tuh.
Malam ni Holland akan lwn Serbia Montenegro...esok pagi Mexico vs Iran dan Angola vs Portugal dan mlmnya Brazil akan memulakan kempennya menentang Croatia. Game apa yg confirm aku tgk? Sure lah Holland-Serbia dan Brazil-Croatia. Game lain either tak menarik minat aku atau lawan lewat sgt pagi2 buta--kena tido laaa, produktiviti keja kena jaga jugak.
So dlm sebulan ni lupakan Akademi Fantasia 4 dan kritikan Tun Mahathir terhadap Pak Lah, kita fokuskan kepada World Cup 2006.
#
posted by jed1 @ 11:33 am