Sememangnya agak kurang menarik menyaksikan perlawanan akhir CL di antara Liverpool dan AC Milan disebabkan aku tak minat kedua-dua pasukan tersebut. Tapi aku tengok jugakkkk...sebagai penutup season 2004/05. Lepas ni kena tgk liga super lah sementara nak tunggu bulan ogos utk season baru 2005/06. Awal2 lagi aku meletakkan milan sbg pasukan favourite dan sepanjang 1st half terbukti kesayuran liverpool apabila ketinggalan 3-0. Tapi 2nd half milan pulak jadi sayur dengan liverpool menjaringkan 3 gol dlm masa 6 minit. AKu dah boring bila game diheret ke extra time, siap boleh terlena dan sedar balik masa penalti. Dan mmg malang bg milan bila tewas dalam penentuan sepakan penalti dan liverpool dinobatkan sebagai juara.
#
posted by jed1 @ 10:02 pm