Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bom dibuat di tempat awam. Mangsa2 tak berdosa yang tak tahu apa2 cuma menjalankan rutin harian kehidupan maybe dalam perjalanan ke tempat kerja, nak balik rumah, ada appointment, tengah tunggu kawan tapi dengan tiba2 menjadi mangsa letupan. Sesiapa juga yang bertanggungjawab merupakan org yg tak berperikemanusiaan. Yang nyata, Islam terus dituduh padahal dalam Islam dalam peperangan jihad pun sudah terang dinyatakan tak boleh dibunuh org tua, kanak2, wanita, mereka yg bersembunyi di dlm rumah atau rumah ibadat, inikan pula mengebom tempat awam. Walaupun benar mereka yg mengebom tu beragama Islam, semestinya mereka telah salah memahami ajaran Islam dan tak keterlaluan jika dikatakan mereka bukan penganut Islam yang sebenar.
Tragedi pengeboman di London sama impact-nya seperti tragedi 9/11 yg memberi lesen besar kepada Amerika dan sekutunya utk menindas umat Islam terutama di Afghanistan, Iraq dan semestinya Palestin atas nama memerangi keganasan. Entah apa akan berlaku selepas ini...
The Apprentice lagiTgk the Apprentice last week? Episod khas yg menayangkan komen Trump kepada candidate yg dah difired dan turut dipaparkan klip2 yg tidak ditayangkan sebelum ini. Paling aku suka bila ditayangkan klip video resume beberapa peserta. Paling kreatif video dari Danny apabila dia menyampaikan dalam bentuk nyanyian yg turut melibatkan staf2 dia....memang menarik Danny ni..Sayang betul dia dah out. Last assignment, Trump buat rombakan dgn mengarahkan project manager reject 2 org ahlinya kepada group lawan. Yang bestnya group Magna Corp menjadi sgt kuat dgn kemasukan Tana dan Craig dan melepaskan Erin dan Stephanie kepada Net Worth. Dan last assignment juga dapat dilihat kredibiliti Kendra sbg project manager yg berjaya leading teamnya utk menang.
Akademi Fantasia lagiHebat tak pengaruh akademi fantasia? Dalam paper mainstream pun tak ketinggalan memaparkan laporan berkenaan AF. Pengaruhnya sampai pernah menjadi bahan di parlimen. Akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas memaparkan pendapat seorang profesor berkenaan populariti Mawi. Aku pun rasa bagus kalau prof tu perform satu research dan soal-selidik berkenaan mentaliti dan psikologi rakyat malaysia terutama org melayu yg sangat terpengaruh dgn AF ni. Maybe dia boleh assign student master dengan tajuk research berikut:
1) Kajian Pengaruh AF Kepada Mentaliti Masyarakat Malaysia Dengan Menggunakan Pendekatan Empirikal.
2) Realiti TV dan Kesannya Kepada Pembangunan Islam Hadhari. Kajian Kes: Akademi Fantasia.
3) Masyarakat Malaysia Sebelum dan Selepas AF: Satu Perspektif
4) Statistik Produktiviti Sektor Awam dan Swasta di Malaysia Sepanjang Musim AF.
5) Antara Realiti TV dan Realiti Kehidupan: Ke mana hala tuju masyarakat Malaysia?
6) Faktor-faktor Populariti Mawi: Antara Faktor X, Bakat, dan Personaliti.
Sukan1) Chong Wei jadi Juara Badminton Terbuka Malaysia ----bagussssss
2) Perlis juara liga super -----hebat, pasukan dari negeri kecil pun boleh jadi juara, tahniahhh
3) Pasukan Hoki remaja cuma dapt tmpt ke10 dlm kejohanan dunia -----kira orait lah utk jadi pelapis senior2 sekarang.
4) Chelsea serap balik Hernan Crespo selepas tak berjaya mendapatkan pemain2 handalan dunia yg lain termasuklah Adriano, Trezeguet, Steven Gerrard, Ronaldinho, Samuel Etoo dan sapa2 lagi ntah.
Skrang ni tgh kempen Julai bulan membaca. So marilah kita membaca. Tak semestinya buku, boleh baca kat internet yg mana sumber maklumatnya tak terjangkau, antara nak ngan tak nak jek. Sekurang2nya kita tak termasuk dlm golongan yg membaca average 2-3 mukasurat buku sahaja di kalangan rakyat Malaysia.