Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, June 11, 2005
 
Aku pun terkena tempias demam Akademi Fantasia 3. Walaupun takde la tertunggu diari hariannya setiap hari tapi aku mengikuti menerusi blog-blog popular AF iaitu sultanmuzaffar, javard dan malique . Tambahan pula AF menjadi bualan hangat dikalangan rakan-rakan aku, so secara tidak langsung turut menterjebakkan diri aku dalam kancah AF ini. Sememangnya astro bijak mempromosikan AF hinggakan musim ini hadiah berlipat kali ganda mewahnya berbanding AF lepas. Penaja-penaja mencurah2 masuk dan dengan perang harga diantara telco dalam industri telekomunikasi, rasanya undi2 sms akan bertambah lagi utk peserta2 AF musim ni. Sungguh mudah bagi mereka yang fanatik menghabiskan hingga mencecah ribuan ringgit semata-mata mahu melihat artis favourite mereka tidak terkeluar. Tak sayang duit ke? Atau dah tak tahu nak belanjakan duit tu lagi hingga senang-senang habiskan tanpa membawakan faedah. AKu ni kategori peminat pasif je kut...tengok kalau ada masa dan jgn harap lah nak undi sms :D

Setelah Star Wars melengkapkan prequel nya dgn Revenge of The SIth, minggu depan hero kelawar akan memulakan tayangan di seluruh dunia. Yeaaa Batman Begins sebagai francais filem batman ke5 akan menemui peminat di pawagam. Menariknya batman kali ini ibarat prequel bagaimana Bruce Wayne menemui karektor Batman dalam membanteras jenayah. Melihat kepada gezet movie ini aku menaruh harapan Batman Begins akan menjadi filem terhebat berbanding 4 movienya sebelum ini terutama sekali sequel batman terakhir iaitu Batman and Robin yang sangat gagal dah hampesss. Antara persoalan2 yg bakal terjawab menerusi batman begins:

1) Bagaimana bruce wayne obsess dgn kelawar
2) Kat mana bruce wayne belajar martial art
3) Dari mana dtg gadget2 canggih batman
4) Bagaimana rupa batmobile version 1
5) Adakah christian bale bakal menjadi batman terhebat selepas michael keaton dan val kilmer? ---abaikan George Clooney yg menjadi batman dlm Batman n Robin.

Kesemua persoalan diatas adalah rekaan aku semata-mata :D Sebelum ini dalam semua movie batman, karektor penjahat adalah lebih menonjol drp batman sendiri. Ini dpt dilihat watak The Joker (Jack Nicholson) dlm batman 1, The Penguin (Danny Devito) dan Catwoman (Michelle Pfiefer) dlm batman returns serta The Riddler (Jim Carey) dan Two Face Harvey (Tommy Lee Jones) dlm batman forever -- sekali lagi abaikan Uma Thurman sebagai Poison Ivy dan Arnold Schwarzenneger sbg Mr Freeze dlm Batman and Robin. Kali ini the villain adalah watak Ra's al Ghul yg dibawakan oleh Ken Watanabe. Emmm mcm menarik...sama2 kita nantikan.



Comments: Post a Comment


  • Realiti
  • Come and Join The Dark Side
  • You'll Never Walk Alone
  • Star Wars Episode 111: Revenge of the SithEpisode ...
  • Sepanjang minggu lepas isu remaja dr Perlis yg dih...
  • Tribute To Chelsea
  • Bulan May bakal memasuki minggu kedua. Lagi 2 ming...
  • Hari khamis minggu lepas adalah public holiday sem...
  • Di saat entri ini ditaip, aku tgh pasang radio dan...
  • Berbekalkan kelebihan 2 gol setelah menang 4-2 dal...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1