Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, July 03, 2005
 

Sejarah

Anda minat subjek Sejarah masa sekolah menengah dulu? Sejarah merupakan subjek wajib selain Math, English, BM dan Sains. Biasanya ramai student especially lelaki yg lulus Sejarah peringkat SPM cukup2 makan jek. Kalau dapat kredit 6 dah cukup bagus. Dulu time aku masih ada sistem kredit nihh utk kira Agregat bagi 6 subjek terbaik. Sekarang SPM pun dah takde kredit-kredit. Student2 dulu kalau tanya SPM dapat berapa? Jawapan yg kluar biasanya, "pangkat 1, 8 aggregat", "pangkat 2 jek- BM dpt 7", "agregat ok, dpt 7 tp slack English laa pulak F9"...Sekarang kalau tanya SPM berapa mau dijawab student tu "3A, 2B, 3C, 1D" hahahaha...nasib baik adik kita yg jadi best student SPM thn lepas dapat A1 bagi semua 17 subjek dia ambik. Bayangkan kalau semua subjek tu berlainan gred..mampus nak jawab dapat "2A1, 3A2, 4C, 5B, 3D"...emmm itulah sistem pendidikan negara kita..apa boleh buat dah ikut dasar kerajaan..sama laa jugak pembelajaran Sains dan Matematik dalam English. Kasihan kpd student2 yg menjadi bhn experiment atau student dlm peringkat transition.

Berbalik kepada subjek Sejarah...subjek ini akan dilupakan bila habis pengajian menengah kecuali bg student yg sambung form 6 aliran sastera atau masuk U ambik course Sejarah. Aku dulu pun tak suka subjek ni sebab kena hafal dan ingat byk fakta. Susahnya tarikh2 penting kena ingat, faktor2 peperangan itu ini, perjanjian itu-ini, semua kena ingat...Tapi aku byk jugak yg ingat dari lupa sebab tu aku score jugak subjek sejarah dlm spm dulu hahaha

Sekarang ni bila baca paper, tengok movie atau tgk forum kat tv yg berkaitan dgn sejarah aku rasa mcm seronok pulak terutama sejarah berkaitan dgn Islam, Kristian dan Yahudi. Contohnya filem Kingdom of Heaven yg berlatarbelakang sejarah perang Salib, Troy yg mengisahkan perang trojan dan Braveheart. Kalau tgk Discovery Channel, siri2 berkaitan dgn Firaun dan Mumia, Dinasour dan Manusia Purba pun sangat menarik. Sejarah ni berkait rapat dengn Arkeologi. SO filem2 yg bercorak arkeologi + fiction + history pun sangat menarik seperti Trilogy Indiana Jones.

Bila nama pun sejarah, pasti sesetengah pihak akan memanipulasi fakta sejarah sekiranya mempunyai kepentingan. Penulisan2 orientalis misalnya byk yg memaparkan fakta yang telah diseleweng berkenaan dgn agama Islam terutamanya. Orientalis ini sebenarnya bukan calang2, sanggup mempelajari segala sudut berkenaan Islam tp disebabkan tak dpt hidayah so tak terbuka hati, menggunakan ilmu yg diperolehi utk memesongkan ajaran Islam yg sebenar.

Sejarah biasanya akan berulang. Sebab tu kita mesti belajar dari sejarah. Ada phrase yg menarik "Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan"...kenangan itu merupakan sejarah...kalau sejarah yg buruk berlaku contohnya jalan di lorong tak perasan ada lubang lalu terjatuh then kalau second time lalu lorong tu lagi pun terjatuh kat lubang yg sama maknanya tak belajar dr sejarah.

Dalam sukan pun fakta sejarah byk yg menarik. Contohnya World Cup:
1970 = Brazil
1974 = German
1978 = Argentina
1982 = Italy
1986 = Argentina
1990 = German
1994 = Brazil
1998 = France
2002 = Brazil

Perhatikan, satu kebetulan yg menarik apabila Juara Dunia bagi setiap edition berselang seli antara pasukan Amerika Selatan dan Eropah. Kalau teori ini berterusan maknanya Juara Dunia thn depan 2006 adalah pasukan dari Eropah.

So kesimpulannya belajarlah dari Sejarah.


Comments: Post a Comment


  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...
  • Hebattt...sejak final champion league lepas dah la...
  • The Apprentice
  • Sultan yang prihatin
  • Aku pun terkena tempias demam Akademi Fantasia 3. ...
  • Realiti
  • Come and Join The Dark Side
  • You'll Never Walk Alone
  • Star Wars Episode 111: Revenge of the SithEpisode ...
  • Sepanjang minggu lepas isu remaja dr Perlis yg dih...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1