Sungguh berpuas hati menonton Revenge of The Sith. Atas kapasiti peminat StarWars aku meletakkan ROTS sbg yang terbaik antara kesemua trilogi2 StarWars. Bukan saja kecanggihan CGI yg mengagumkan, malah storyline pun bagus. Kali ini Lucas berjaya memainkan emosi penonton dgn memperlihatkan bagaimana Anakin Skywalker terpengaruh dgn Dark-Side dan kesannya kepada Padme, Obi-Wan dan jedi-jedi lain. Memang filem ni adalah pelengkap kepada semua siri starwars..semuanya terjawab. Antara persoalan yg terjawab:
-Sebab apa rupa Emperor/Palpatine mcm hantu.
-kenapa rupa Anakin dalam Episode 6 cacat apabila Luke membuka helmet dia. Aku ingat sbb dicederakan oleh Obi Wan, tp disebabkan terbakar oleh lava gunung berapi setelah obiwan memotong kedua2 kakinya.
-Bagaimana Luke dan Leia boleh terpisah.
-Bagaimana institusi jedi sebagai guardian of the universe musnah.
Dlm ROTS ini menunjukkan kehebatan Lord Sith iaitu Darth Sidious atau Cancellor Palpatine. Semua sengketa sejak Phantom Menace semuanya dibawah perancangan palpatine...sungguh hebat. Kalau dia masuk The Apprentice senang2 je boleh menang tanpa byk soal oleh Donald Trump. Cuma yang aku hairan dalam pertarungan lightsaber antara jedi-sith ni mesti ada yg terputus tangan:
-Tangan Anakin putus dipotong Count Dooku dlm Attack of The CLone.
-Count Dooku pulak dipotong kedua2 tgn dalm ROTS sebelum dibunuh Anakin.
-Mace windu dipotong tangan oleh Anakin ketika menyelamatkan palpatine.
-Tangan Luke Skywalker dipotong oleh Darth Vader dalam empire strike back.
-Darth Maul yg terputus badan oleh Obi Wan dlm Phantom Menace.
Antara scene yg aku suka dalam ROTS:
-Jeneral Grievos yg mengetuai Rebel team-asyik batuk2-mcm kelakar pulak tgk droid batuk2.
-Scene semi-kelakar melibatkan r2D2 dan Anakain, Obi Wan semasa mission menyelamatkan palpatine yg diculik Grievos.
-Kemunculan Chewbacca yg membantu Yoda menentang puak Pemisah.
-Pertarungan palpatine dan yoda dalam parlimen. Palpatine hebat dlm the Force tetapi kurang skit skill lightsaber. Dia kalah berlawan dgn Mace Windu dan hampir mati jika tidak Anakin membantu.
-Kemusnahan jedi apabila palpatine mngarahkan pelaksanaan code 66. Sungguh dramatik dan tragis apabila seorang demi seorang jedi dibunuh.
-Pertarungan Anakin dan ObiWan di planet Mustafar. AKu tak perasan lak Obi Wan ada ambik ke lightsaber Anakin. Dlm Episode 4-New Hope ObiWan memberikan Luke lightsaber bapanya.Semasa pertarungan Anakin-ObiWan, lightsaber anakin bukan lagi berwarna merah yg biasa dipakai oleh Sith.
So sudah tamat saga Star Wars setelah 27 tahun. Sungguh panjang jangkamasa tersebut. Lucas mengatakan tiada lagi StarWars selepas ini. Legasi jedi diteruskan oleh Luke manakala Sith telah musnah dalam Episode 6 apabila Anakin membunuh Palpatine setelah tak tahan melihat penyeksaan ke atas Luke. So prophecy dan vision Qui Gon Jin dlm The Phantom Menace yang menyatakan Anakin adalah the choosen one dan bakal membawa Balance of The Force telah terlaksana.
Saga Sudah Lengkap
Sudah lengkap saga Star Wars dari episode 1 hingga episod 6. Kalau lah episode 4-6 boleh remake, pasti lebih menarik. StarWars tidak seperti LOTR yg mempunyai byk scene yg dipotong utk version pawagam. Penggemar StarWars pasti akan menantikan ROTS dalam bentuk DVD/CD bagi melengkapkan koleksi StarWars.





