Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, June 04, 2005
 

Realiti

Sudah masuk bulan Jun. Sudah setengah tahun. Umur makin meningkat. Ketika umur belasan tahun atau zaman remaja masa tak rasa cepat, hidup takde tanggungjawab dan belum nampak dunia realiti. Bila umur melepasi 20 thn, wow terasa sungguh pantas peredaran masa.

Realiti kehidupan berbeza mengikut peringkat usia. Bila baca kes budak kena buli sampai berisiko utk lumpuh di sekolah agama kat Kuala Lipis, aku rasa marah pd pembuli2 budak tu. Tak ambik iktibar langsung kes pelajar yang mati selepas dipukul kat sekolah agama di seremban tak lama dahulu. Mereka yang baru form 3 dan form 5 sudah merasa cukup besar dan boleh sesuka hati memukul budak2 junior. Realitinya mereka terlalu mentah, masih tak tahu cabaran sebenar kehidupan dan perjalanan hidup mereka masih jauh dan bila berlaku kes macam ni, mereka pasti akan menyesal seumur hidup. Budaya samseng di sekolah perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Budak2 ni pun bodoh jugak. Ragging tu perkara biasa di semua sekolah tp jgn laa keterlaluan smpai boleh menyebabkan kecacatan, kematian dan keaiban seseorang.

Semasa di U, ada sekelompok student yg begitu aktif dlm politik kampus. So wujudlah golongan pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Ada yg macam bagus sering mempertikaikan dasar kerajaan. Tapi realitinya, bila dah grad dah kerja (maybe kerja dlm kerajaan) semua tu hilang macam tu sahaja. Sebabnya nak survive utk kehidupan. Kat U masih lagi takde tanggungjawab--dapat duit loan atau scholar dah kira cukup utk sara hidup. Tapi bila dah habis belajar, siapa lagi nak bagi wang...takkan nak mengharapkan ibu bapa lagi.

Realiti adalah perkara yg kadang-kadang unpredictable. Realitinya Liverpool adalah Juara Champion League 2004/05 walaupun dalam EPL merupakan pasukan yg tak konsisten malah ketinggalan melebihi 30 mata dgn juara liga Chelsea.

Bila bercerita pasal realiti, mesti tak boleh dipisahkan dgn program2 realiti TV. Seingat aku, realiti TV yg pertama betul2 menarik perhatian dunia adalah Survivor. Lepas tu bercambah2 program realiti tv daripada program mencari awek eg Joe Millionare, For Love or Money hinggalah The Apprentice-program mencari executive Donald Trump. Paling byk surelah program realiti mencari penyanyi, penghibur so wujudlah Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition, Mentor dan sebagainya. Bila menonton Malaysia Idol, kelakar betul melihat mereka2 yg dtg audition. Punya laa teruk menyanyi, suara ala2 katak pisang tp still pegi audition. Tp hairannya mereka tetap gi mencuba dgn harapan terpilih. Baca kat paper utk audition Malaysia Idol lebih 9000 yg datang. Kenapa rakyat malaysia begitu berminat nak jadi penyanyi walaupun most of them realitinya takde bakat langsung? Kenapa tak berminat nak jd doktor, engineer, veterinar, dietitian dan bidang2 profesional yang realitinya masih kekurangan resourcenya kat Malaysia?

Realiti kehidupan menuntut kita dapat menilai kemampuan diri dan batasan sama ada dr sudut agama atau undang2 dalam melakukan setiap perkara.


Comments: Post a Comment


  • Come and Join The Dark Side
  • You'll Never Walk Alone
  • Star Wars Episode 111: Revenge of the SithEpisode ...
  • Sepanjang minggu lepas isu remaja dr Perlis yg dih...
  • Tribute To Chelsea
  • Bulan May bakal memasuki minggu kedua. Lagi 2 ming...
  • Hari khamis minggu lepas adalah public holiday sem...
  • Di saat entri ini ditaip, aku tgh pasang radio dan...
  • Berbekalkan kelebihan 2 gol setelah menang 4-2 dal...
  • Perumpamaan Bola itu Bulat bererti segala2nya bole...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1