Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, June 22, 2005
 

The Apprentice

Pernah tengok The Apprentice? Dah masuk season ke3 dan tgh ditayangkan di tv3 jam 11 mlm hari Ahad. Bagi aku The apprentice merupakan realiti tv yg paling interesting untuk ditonton. Gelagat candidates padawan Donald Trump ini seronok diikuti dalam memastikan kemenangan dalam setiap tugasan. Kita pun sikit sebanyak dpt jugak mempelajari tentang dunia perniagaan dan juga business decision yang dibuat oleh Donald Trump ini. Sebelum the Apprentice sebenarnya aku tak pernah kenal Donald Trump, apatah lagi utk dia mengenali aku. Walaupun dia merupakan salah seorang terkaya di dunia, tapi rasanya tak pernah masuk top 10 kut sbb aku langsung tak familiar dgn nama dia. Tak hairan la kan sbb aku pun just tahu Roman Abromovich tu jutawan minyak dari Rusia dgn aset melebihi 20 billion hanya selepas dia membeli pasukan Chelsea. So berbalik kepada Apprentice ni, kita akan disogokkan dgn pemecatan seorang calon dari kumpulan yang kalah daripd Mr Trump kita. So popularlah phrase 'You're fired'. Yang hairannya ni, menurut Trump sendiri program tersebut merupakan sesi temuduga paling tough di dunia. Bagaimana u can fired someone that you are not hired yet??? Hehee pastinya itu merupakan gimik rancangan tersebut yang diterbitkan oleh the reality tv guru - Mark Burnett.



Kepada peminat The Apprentice, mereka sentiasa disogokkan oleh kata2 riak Donald Trump. Semua berkenaan bisnes, aset, rumah, kapal terbang peribadi dan sebagainya milik Trump pasti akan disifatkannya sebagai The Best In the WORLD (ingat Mawi) dan paling koman pun The Best in US or New York. Tapi tak boleh nak kata apa jugak sbb he is in the right position to say like that. Dlm setiap siri Apprentice juga akan dipaparkan tips2 business drpd Mr Trump.

Aku suka observe Donald Trump dalam membuat decision nak fired sapa. Sebenarnya business decision adalah subjective tp still ada lah guide dan rules-nya. Kita boleh tgk dlm kompeni atau organization kita, bagaimana bos kita atau ceo kita buat decision. Ada masa decision depa ni silap--ye lah manusia biasa jugak depa nihh. Bukan senang ooo kalau diri sendiri menjadi manager nak buat keputusan itu ini. So mari kita lihat beberapa senario Donald Trump semasa memfired calon-calon apprenticenya. Senario ni based on ingatan dan taakulan aku sahaja tanpa rujukan-rujukan ilmiah yg lain:

1) Lack of Leadership Attitude
Ni adalah common reason Donald Trump memfired. Project manager didapati kurang mempunyai sifat kepimpinan. Gagal mengawal team member dan team member tersebut tak respect langsung pada project manager. Contoh candidate yg difired atas sbb ini adalah Audrey (baru last week kena fired), Wes (Apprentice Season 2) dan Elizabeth (Apprentice S2). Elizabeth tu siap kena fired on the spot jek.

2) Tak pandai defend
Contoh klasik bila Andy kena fired dlm Apprentice S2. Masa tu Andy kelu tak terkata diasak hebat oleh sandy dan jennifer walaupun dia merupakan johan debate university.

3) Salah buat keputusan
Banyak jugak calon2 yg nampak berkelayakan tapi difired disebabkan salah membuat keputusan atau bisness judgement yg menjadi punca kekalahan team mereka. Raj dlm season 2, membuat keptusan yg salah dalam tugasan renovate rumah. Rumah yg asal 4 bilik dia jadikan 3 bilik dan memilih kontraktor yg hampeh. Danny dlm season 3 pun difired sbb memilih Michael utk dibawa ke dibicarakan sedangkan Michael dapat imuniti minggu tu.

4) Menunjuk pandai tak bertempat dan Over (teringat fuad)
Michael difired last 2 week disebabkan sikapnya yg suka mencelah dan masuk campur walaupun takde kena mengena dengannya. Sam dlm Season 1 pun sama--over dan cakap je pandai tapi kekadang bagi idea ntah apa-apa. Sandy dlm season 2 pun difired apabila dikatakan hanya pandai bercakap tapi tak mampu meyakinkan project manager utk menerima ideanya.

5) Perangai ntah hapa-hapa
Ada candidate yg difired disebabkan sikap mreka yg hampeh. Contohnya Maria season 2 yg sesuka hati marah project manager dan team member lain nak tunjuk power. Brian pulak asyik nak cari gaduh ngan team member yg lain dlm season 3. Antara candidate lain yg hampeh termasuklah Omarosa (season 1)-sapa yg tgk season ni sure meluat, Verna (season 3) yg tetiba tarik diri dan menyusahkan team member lain.

So menarik kan??? Banyak yg dapat dipelajari daripada The Apprentice daripada Akademi Fantasia hahaha. Anyway The Apprentice tetap merupakan rancangan tv yg pastinya dipengaruhi oleh elemen-elemen
komersial dan hiburan.

P/s agak bosan menonton The Apprentice 3 disebabkan pemenangnya sudahpun dihebahkan dlm media. Kendra dari Book Smart menang dlm final two dgn Tana juga dr Book Smart. Kat TV3 tu baru masuk minggu ke3. Peringkat awal ni Kendra tak menampakkan lagi kredibilitinya. Yang menonjol di peringkat awal ni ialah Bren, John dan Alex. Tapi John dah mula menunjukkan sifat Dark Side-nya apabila mengkondem Audrey dalam tugasan membina dan mempromosi golf-mini.


Comments: Post a Comment


  • Sultan yang prihatin
  • Aku pun terkena tempias demam Akademi Fantasia 3. ...
  • Realiti
  • Come and Join The Dark Side
  • You'll Never Walk Alone
  • Star Wars Episode 111: Revenge of the SithEpisode ...
  • Sepanjang minggu lepas isu remaja dr Perlis yg dih...
  • Tribute To Chelsea
  • Bulan May bakal memasuki minggu kedua. Lagi 2 ming...
  • Hari khamis minggu lepas adalah public holiday sem...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1