Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, August 10, 2005
 
Jerebu

Tiada apa yg lebih merimaskan sekarang melainkan jerebu...kesannya memedihkan mata dan menyesakkan nafas...tgk berita IPU di KL melebihi 250 dgn indicator Sangat Tidak Sihat manakala di Klang IPU melebihi 400 --- Merbahaya. Sumber dari kementerian Alam Sekitar sekiranya IPU melbihi 500 akan diisytiharkan Darurat. Apa yg terdaya kita lakukan? Memang merisaukan takut sakit tekak, sakit mata...terpaksa pulak gi klinik, dapat MC..kan dah tak dpt siapkan kerja, ini akan mengurangkan produktiviti negara. So di waktu jerebu ini terdapat perkara2 yg perlu kita ambik berat:

-Kurangkan aktiviti luar atau outdoor, tak buat langsung pun tak apa. Nak kluar dari kereta berjalan ke pintu masuk opis pun dah rasa sesak nafas, inikan pulak nak berjogging. Sebagai alternatif banyakkan aktiviti2 indoor seperti main chess, memasak, layan dvd cetak rompak, membaca buku ataupun tido.
-Banyakkan minum air.
-Dapatkan rawatan doktor sekiranya tahap kesihatan terjejas.
-Jgn mengada2 nak tunjuk power kononnya antibodi tinggi dengan berjogging atau beriadah dalam keadaan jerebu ni.
-Pakai mask utk menapis udara sewaktu bernafas
-Buangkan anggapan keadaan jerebu ini ibarat pemandangan di eropah.


Serentak dengan keadaan jerebu ini, byk email yg difwd berkaitan dengan hari kiamat. Antara yg diutarakan termasuklah tanda-tanda besar yg bakal muncul termasuklah kemangkatan Raja Fahd. Bila baca tu mmg jantung berdegup laju dan hati berdebar2. Apa reaksi kita sepatutnya kepada email2 sebegitu? Kita boleh baca dan ambik panduan tapi tidak perlu sampai over-react...sebabnya tentang perkara ghaib hanya Allah dan Rasul yg mengetahui dan selagi tidak bersandarkan secara kukuh kepada kedua sumber muktamad ini, pelbagai andaian boleh dibuat dan tersangat dibimbangi andaian tersebut boleh terpesong. Senang cakap dapatkan penjelasan dari ustaz-ustaz, ulama yg diyakini ilmunya.


Comments: Post a Comment


  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah
  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...
  • Hebattt...sejak final champion league lepas dah la...
  • The Apprentice
  • Sultan yang prihatin


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1