Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita dgr dalam sesi motivasi, bisnes management, seminar dan lain-lain. Tujuannya utk menjadikan kita lebih kreatif dan melihat suatu keadaan dari pelbagai sudut dan mungkin di luar context tetapi masih related keadaan tersebut. Kenapa mesti kotak? Pemahaman tradisional berkenaan kotak ialah suatu objek berbentuk kubus atau kuboid yang mempunyai ruang utk disi dan kebiasaannya mempunyai penutup. Tapi pada masa sekarang kotak memainkan peranan yang penting dalam pemasaran produk dari sudut packaging. Penghasilan kotak menjadi lebih kreatif dan mampu menarik perhatian pengguna dan meningkatkan market-value produk tersebut walaupun kualiti produknya biasa saja.
Kenapa kotak? Haha aku tertarik dgn idea Craig utk mempromosikan Kotak dalam The Apprentice Ahad lepas. Craig memilih Kotak daripada Home Depot utk promosi bengkel DIY menerima bantahan daripada team member Magna Corp yg lain. Tana terang2 menyatakan mereka akan kalah. Aku pun turut sama berfikir mcm tu. Ada ke pilih kotak kosong? Net Worth pula memilih Dapur Bergerak. Craig tetap mempertahankan ideanya dengan mengatakan kreativiti boleh ditonjolkan dari sudut pemasaran, konsep sedangkan yang lain menyatakan pemilihan kotak itu sendiri sudah tak kreatif...dan sekali lagi aku terpengaruh hehe Tapi masa hari bengkel, idea Craig ternyata hebat. Konsep Kotak menyimpan permainan kanak-kanak telah menarik ramai ibu bapa dan anak2 kecil mereka untuk mencuba pemasangan kotak tersebut. Dengan customer support yang cukup berkesan daripda Bren, Tana, Alex dan Kendra menjadikan Magna Corp dengan mudah menarik ramai pengunjung. Idea mengecat pewarna di tapak tangan kanak dan mengecop kat kotak tu sememangnya sangat menarik. Craig menyatakan itu akan menjadikan kenangan berharga buat kanak-kanak kerana saiz tapak tangan mereka pasti tidak sama lagi apabila kian membesar. Bestttt...kendra sendiri menyatakan reward atas kemenangan mereka adalah utk craig yang mana dia tidak mendapat penghormatan sepenuhnya drp mereka di awal project planning.
Tapi realiti tv tetap realiti tv. Walaupun idea Craig nampak sangat brilliant tapi itu juga turut disumbangkan oleh teruknya idea dan management Net Worth dibawah Angie sbg project manager. Idea memilih dapur bergerak tu mmg teruk disebabkan mereka sendiri tak pandai memasang. Akibatnya semasa demo Chris tersalah pasang dan Angie yg menyatakan pemasangan hanya memakan masa 15minit akhirnya melebihi 1/2 jam. Akhirnya Erin menjadi mangsa difired Trump di Board room. Erin pada mulanya telah berjaya mengalihkan prospek fired kepada Chris tapi atas keceluparannya menyebabkan dia difired Donald Trump.
So dalam kita berfikir diluar kotak tu jgn abaikan berfikir dalam kotak ibarat mengeksport minyak kita yang berkualiti ke luar negara dengan harga yg mahal dan membeli minyak dari luar dgn harga yang lebih murah tapi yang peliknya harga minyak utk pengguna asyik bertambah..hmmmm
#
posted by jed1 @ 10:45 pm