Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, August 03, 2005
 
Naik yang tak turun

Harga minyak naik lagi...Tarif elektrik pun akan naik. Sebagai rakyat biasa, pasrah je lah hehehe...Kenaikan harga ini akan menyebabkan harga barang, tambang pengangkutan pasti akan naik walaupun amaran diberikan oleh kerajaan agar peniaga2 tidak mengambil kesempatan. Macam mana kita menghadapi kenaikan harga minyak dan seterusnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain? Terpaksalah kurangkan mana2 perbelanjaan yang boleh dikurangkan..Kalau dulu sebulan sekali boleh makan besar, sekarang 2 bulan sekali...dulu boleh selalu drive balik kg, sekarang kena budget2 naik bas--kalau balik utara dari KL belanja minyak dan tol dah lebih RM200...cuma bagi mereka yg berpendapatan kurang dari RM 1000 dgn anak2 bersekolah, bagaimana agaknya mereka menghadapi situasi ini? Perbelanjaan apa lagi yg patut dikurangkan sekiranya pendapatan sekarang pun sekadar cukup makan dan keperluan hidup malah perlu berhutang lagi sana-sini?

The Apprentice Minggu Lepas (30 Julai 2005)

Angie difired...sekali lagi NetWorth Corp kali ini Alex jd project manager kalah tak salah aku kali ke5 berturut2. Situasi kali ni mmg agak sukar utk menentukan siapa yg sepatutnya difired diantara Alex, Chris atau Angie. Chris awal2 lagi dah hilangkan kredit kad dan dah membazir masa. Alex pulak gagal menyusun tugasan dgn baik hinggakan keadaan menjadi kelam kabut terutama di hari presentation. Tapi sebab utama Angie yg kena fired adalah kegagalannya membuat presentation yang baik. Tersekat sekat..Donald Trump berkata dia tidak mahu staffnya tersekat2 bila buat presentation. Alex terselamat disebabkan Trump masih percaya kat dia. Malah Trump mengutuk Angie dan Chris sbg looser dan dgn refer pada Alex, dia berkata u r looser when u join the looser..fuhh pedass...So bisness lesson drp Apprentice minggu lepas:

-Pastikan anda lancar berkata2 apabila membuat presentation. Bijak menarik audien dan membuat kajian berkenaan target audience anda. Magna Corp mmg bijak dgn membuat research dan presentation mereka sungguh menarik diketuai oleh Tana dan Bren. Bren tu aku tak hairan sangat dia terer speech sbb dia lawyer.
-Belajar menghadapi perkara yg tak dijangka. Angie agak upset hingga tersekat2 presentationnya disebabkan seorang model tertinggal baju ciptaan mereka di studio.
-Be punctual dan manage masa anda sebaik mungkin. Magna Corp nak present pukul 3 tapi masih tak bergerak walaupun dah 2.40 dan dgn kelam kabut bawa barang dan tersangkut pulak kat jem.


Branson: Quest For The Best (2 Ogos 2005)

Kali ini peserta diterbangkan ke Afrika...sebuah kawasan pedalaman kat sana. Tugasannya setiap kumpulan diminta memberi cadangan utk memajukan sosio-ekonomi penduduk kat situ. Kumpulan lelaki memulakan dgn baik manakala kumpulan wanita agak slow. Tapi masa present kat penduduk kat situ group lelaki terlalu complicated menceritakan proposal mereka hinggakan ada yg tertido manakala group wanita menggunakan bahasa yg mudah difahami seterusnya menarik perhatian mereka dan akhirnya group wanita menang. Tambahan note kat atas: Pastikan mesej yang ingin anda sampaikan berjaya tak kisahlah dengan apa cara sekali pun. Group leader team lelaki kena pilih salah seorang ahlinya utk cabaran penyingkiran. Aku tak ingat lagi nama2 peserta siri ini sbb baru tgk 2 kali. Cabaran kali ini mereka kena berjaga dlm hutan Afrika dgn bertemankan unggun api sepanjang mlm. Mmg menakutkan dgn keadaan hutan liar afrika yg dipenuhi harimau, singa, gajah, ular berbisa dan sebagainya. Rasional Branson drp cabaran ini: Kita mesti sentiasa alert dan berwaspada dgn risiko2 dlm sebarang urusan. Akhirnya peserta yg berbadan paling besar tu disingkirkan bila dia didapati tertido.


CSI Vegas Season Finale

Last week kut, AXN menayangkan season 5 finale CSI Vegas selama 2 jam. Memang hebat dan menarik. Nick Stoke kena kidnap then ditanam hidup-hidup. Dia hanya dibekalkan udara dari kipas yg dihidupkan oleh bateri dan penculik tu memasang web-cam utk CSI team menyaksikan kesengsaraan NIck. Memang mendebarkan dan yg paling mendebarkan apabila kelihatan Nick begitu terseksa, rupa-rupanya dia dihurung semut yg menggigit dia. Daripada imej semut itulah Grissom dapat meneka kedudukan nick dngan mengkaji habitat semut tersebut...Bestttt


Comments: Post a Comment


  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah
  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...
  • Hebattt...sejak final champion league lepas dah la...
  • The Apprentice
  • Sultan yang prihatin
  • Aku pun terkena tempias demam Akademi Fantasia 3. ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1