APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran sekarang iaitu Approved Permits dan Ayah Pin. Isu AP menjadi hangat apabila senarai nama penerima2 AP dikeluarkan dan terdapat 4 individu yang menerima lebih daripada 20000 AP. Dengan berlangsungnya perhimpunan agung UMNO, isu AP diperdebatkan dan yang menjadi sasaran ialah Menteri MITI, Dato' Seri Rafidah sehingga beliau dalam sidang akhbar bersumpah dengan al-Quran mengatakan dia tidak menyalahgunakan kuasanya. Beliau turut tersedu2 menangis apabila menafikan dakwaan beliau tidak menghormati bekas PM Tun Mahathir. Ibarat menonton akademi fantasia, aku kurang pasti tangisan Dato' Seri tu akan berjaya menyelamatkan beliau daripada Afkeluar kabinet.
Isu Ayah Pin pun tak kurang hangatnya. Walaupun telah diisytiharkan sebagai ajaran sesat belum ada tindakan yang diambil kepada Ayah Pin. Pelik betul...semua bukti dah jelas dengan bukti video, pengakuan pengikut atau bekas pengikut, pembinaan markas atas nama Kerajaan Langit malahan pengakuan Ayah Pin sendiri, tapi tiada lagi tindakan diambil. Sehingga entri ini ditulis ada sekumpulan manusia yg menceroboh markas Ayah Pin dan membakar kompleks tersebut. Yang lagiii peliknya tu pengikutnya mencecah ribuan orang...kenapa terpengaruh dgn ajaran sesat niii...pelik, pelik....
#
posted by jed1 @ 8:44 pm