Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, January 23, 2006
 
All of U Are Fired


Apprentice minggu lepas Donald Trump buat kejutan bila dia fired 4 org dr team Excell Corp. Aku pun tak sangka hahaha...Pada awalnya ada restructure group yg mana 3 members team masing2 ditukarkan atau pilihan project manager. PM excell adalah Josh yg aku quite menyampah sbb dia ni pandai komplen org mcm dia bagus sangat, PM capital edge aku tak ingat dan malas lak nak cari kat internet :D Yg pasti Rebecca berpindah ke Excell Corp dan next-next episode kita bakal menyaksikan pertembungan dia dgn Randal. Tugasan kali ni senang saja, pilih satu jenis sukan, pikirkan konsep marketing dan group mana yg dpt tingkatkan jualan akan menang. Excell pilih besbol manakala Capital Edge pilih golf...apa jadi masa diorang setup premis dan jual aku tak tengok sbb time tu kat astro tgh live Chelsea vs Charlton..antara The Apprentice dan bola terpaksalah aku mmbuat pilihan yg bijak dgn memilih utk tgk bola. AKu cuma turn ke tv3 bila dah nak abis-diorang dah kat boardroom. Excell corp diisytiharkan tewas teruk dgn merudumkan jualan 34%-paling teruk dlm sejarah The Apprentice. Akibatnya Josh dan 3 org team member yg dipertanggungjawabkan bhg Sales difired terus oleh Trump walaupun masing2 pertahankan diri especially josh dan jennifer. Hehehehe buang karan je diorang bertekak defence diri.


Cerita Bola

Chelsea terikat 1-1 lawan Charlton kat stamford bridge. Ini menamatkan rekod 100% chelsea di gelanggang sendiri. Permainan boleh tahan tapi chelsea main tak seperti kebiasaan..maybe sbb robben dan essien tak main. Lampard pun tak berfungsi sgt, bek pun agak kelam kabut. Seri maybe good enough utk charlton yg wajar dipuji games diorang...aku suka gandingan duo-bent charlton, nmpak bagus. Arsenal kalah pulak dgn Everton...aku tensen tgk game arsenal skrang, midfield hampeh-tak functioning langsung. Sungguh berbeza dgn arsenal 2003 yg mana permainan attacking yg sungguh best dan menghiburkan. Game MU-Liverpool pulak dimenangi oleh MU 1-0 jaringan ferdinand di masa kecederaan. Game tu takde la best sgt tak byk shoot ke gol pun..tapi sbb penyokong penuh kat old trafford jadi bingit--terus menjadikan game interesting.
So cerita masih sama, chelsea terus leading berbelas2 mata meninggalkan MU di 2nd spot. Arsenal lak..kalau dpt tpt ke4 pun dah cukup baik.

JPJ dan budak sekolah

Budak sekolah takde lesen, tak pakai helmet, motor takde roadtax, drive arah bertentangan pastu lari dr roadblock jpj. Akibatnya diceritakan pegawai jpj membaling kerusi besi ke arah budak tu hingga jatuh dan cedera-kerusi besi yg biasa kita lihat dlm wrestling hahaha-akibatnya lagi penduduk kg pun mengambil kesempatan memukul pegawai jpj tersebut. Isu menjadi kecoh di media. Masing2 menyalahkan pegawai jpj, malah pegawai atasan jpj pun berkata akan menyiasat dan akan mengambil tindakan sekiranya pegawai tersebut bersalah. Tambah hebat lagi keluarga budak tu mahu jpj bayar gantirugi lebih 130k. Hmmm kalau aku jadi JPJ lak aku akan caj setiap kesalahan budak tu biar lebih 200k. Isu pokok terus dilupakan yg mana tugas JPJ mmg utk menahan dan mengambil tindakan atas mereka yg bersalah. Kalau aku keluarga budak tu aku hanya mengambil pendirian no komen sbb kesalahan mmg pada budak tu. Kalau betul pegawai jpj baling kerusi itu dah kes lain yg boleh didakwa di mahkamah. Mmg tabiat org kita suka ambik kesempatan dan join sekaki bila berlaku sesuatu yg boleh join dan lepas tangan:

-Peragut yg berjaya ditahan selepas mencuri..sure kena belasah..semua yg ada kat situ sure join sekaki nak belasah gak..ada kes smpai mati..tp ni kira ok ler sbb dah lakukan jenayah.
-Tgk bola..pemain bergaduh..penonton pun join sekaki gi gaduh pastu lari.
-Nak belek2 cd cetak rompak..tapi takde sapa kat gerai cd tu...nak gi sesorang segan..bila nampak ramai skit org terus join sekaki hahaha
-Dalam satu meeting, bagi idea utk projek tp tak nak lead projek tu.


Cerita Badminton All England

Sungguh tensen tgk game beregu muda negara lawan pasangan Denmark di separuh akhir dan tensen lagi tgk game Chong Wei. Dah ada peluang nak menang, dah di kedudukan mata akhir 14 tapi akhirnya tewas. Tensen sungguh tensen. Final double yg menemukan Tan Fook dan Wan Wah aku tak tgk pun sbb rasa depa akan kalah-dan mmg kalah pun---nasib baik tak berjaga tgk hahaha


Cuti..Cuti..Cuti Lagi

Yay minggu depan cuti lagi...chinese new yr, awal muharam dan hari wilayah..jarang2 dpt cuti berderet camni. So selamat bercuti kepada semua..berhati2 di jlnraya kalau balik kg.


Comments: Post a Comment


  • HandphoneDulu hp adalah barang mewah...hp dulu bes...
  • Smallville Season 4AKu peminat smallville. Tak per...
  • Entry terakhir 2005Hari ini 31 December 2005..puku...
  • The Apprentice Season 4Sudah masuk musim ke4 siri ...
  • Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuara...
  • Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 200...
  • Real Madrid 0 Barcelona 3Semalam berlangsung kemba...
  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...
  • Zakat Fitrah dan Zakat PendapatanBoleh dikatakan s...
  • Takziah Kepada PM dan KeluargaDisini aku pun turut...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1