Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Friday, February 03, 2006
 
Cerita Bola

Chelsea makin konsisten seri hahaha dgn Aston Villa pun draw 1-1. Sebelum ni draw dgn everton dan charlton. Tapi dalam chelsea slip point tu pencabar2 lain pulak buat hal..MU kalah 4-3 kpd blackburn, liverpool seri dgn birmingham dan arsenal kalah kepada west ham emmm arsenal maybe dah tak relevan lagi dlm persaingan liga. Kesimpulannya walaupun chelsea drop point, semua tu tak berguna kalau team lain pun drop point.

Lagi 2 minggu champion league kembali dgn pusingan kalah mati. Pertembungan ulangan Chelsea-Barcelona mmg menarik perhatian. Bahagian tgh nmpak sama kuat..tp Barcelona lagi strong on attacking dan Chelsea lagi kuat on defence. Menarikkk.

Ada keje kosong sbg boss england yg baru selepas eriksson yg dah pun umumkan resignation-nya selepas world cup. Takde coach2 dr malaysia yg berminat? Souness dah pun kena sacked drp Kota Baru United...mmg malang nasib souness..kalau aku kat tpt dia pun mmg susah nak elak drp kekalahan demi kekalahan apabila hampir kesemua tonggak injured. Tp bila dia pun takde plan b mmg reason injured dah tak boleh diterima. hakikatnya season ni newcastle adalah pasukan kedua berbelanja besar beli pemain selepas chelsea-spent lebih 60juta pound.

Wayang

Ada byk cerita yg beria2 benar aku nak tgk pd mulanya tapi akhirnya tak tertengok pun. Bz kut...movie tu termasuklah Narnia, King Kong,...,..., emmmm 2 movie ni je sebenarnya yg aku rasa nk tgk, ingatkan byk sangat hahaha takpe lah tunggu dvd version je lah. Movie2 lain yg mulanya nak tgk kat pawagam tp berakhir dgn penayangan dvd termasuklah Batman Begins dan War of the World. Aku suka Batman Begins dan aku harap next batman still maintain christian bale.

Apa movie yg hangat sekarang? cerita melayu sah2 laa Buli Balik. Selepas baik punya cilok, lg satu filem afdlin shauki ni pulak menggegarkan panggung. Satu lagi filem thai Long Khong..aku baca review dan tgk gambar2 production pun dah rasa ngeri..kisah ilmu hitam yg kejam. Takpe ada masa aku tgk ler nanti. Movie2 thai ni gempak jugak sebenarnya-dah setaraf hollywood..mmg jauh ler compare dgn filem melayu sekarang. Cuma problem tgk movie thai ni dr segi bahasa ler, still tak serasi telinga mendengarnya.

Traffic Jam dan Ops Sikap 10

Aku antara mangsa-mangsa yg tersangkut dlm kesesakan kat highway masa on the way balik kg sabtu lepas. Awal tu aku gerak tapi lepas jek tol sg buluh dah nmpak begitu ramai kereta di hadapan seolah tak berpenghujung. Berdikit2 kereta bergerak dgn gear tak jejak pun gear 3-gear 2 pun sesekali. Ni yg aku nak beli keta auto nihhh hahaha..mmg lagi teruk jam nih compare dgn time aku balik raya. Lepas bkt beruntung traffic dah start OK tapi kembali sesak teruk bila smpai tol ipoh selatan dan seterusnya ke tol jelapang..teruknnyaaa jemmmm..Lagi satu yg best bila jln ok skit cuba laa pecut tapi tiba2 je nampak berderet kereta slow di hadapan---rupanya ada pondok polis yg tgh dok tembak speed trap..patut laa tiba2 slow semua ahahhaha realiti masyarakat malaysia.


Roti Canai dan Teh Tarik untuk Angkasawan Malaysia

Rasionalnya...angkasawan itali bawa pizza, jepun bawak ramen, france bawak cheese so kita pun kena laa bawak makanan tradisional jugak ke outer space...tapi kenapa mesti roti canai dan teh tarik? Kenapa tak nasik lemak, teh halia atau ketupat rendang? Ntah lah. Teknologi angkasa lepas mmg antara teknologi yg paling terkehadapan. Semua yg berkaitan dengan angkasa lepas memerlukan researh yg menelan kos yg sgt besar. So bila negara kita dah mula menceburi bidang angkasa lepas harapnya r&d kita pun akan turut maju ke hadapan. Jgn lah usaha hantar angkasawan ni just semata2 nak tunjuk rakyat malaysia pun boleh ke angkasa lepas...itu ibarat org kg yg tak pernah dtg KL tiba2 menang cabutan bertuah dpt datang KL dgn kos ditanggung sendiri yg turut diraikan oleh org2 kg yg semuanya tak pernah datang KL..Semua persiapan di buat dgn dibekalkan makanan termasuk ubi kayu malah turut belajar slanga KL heheehe..bila dtg KL melawat KLCC, KL Tower, Zoo dan segala macam tempat di KL dan kemudian balik semula ke kg...Org kg semua kagum mendengar cerita hebatnya KL dgn bgnan mencakar langit dan manusia yg padat dan kenderaan yg sesak. Apa berlakunya kemudiannya? Takde apa-apa, kehidupan org kg diteruskan seperti biasa sediakala...habis tu apa faedahnya segala persiapan kos segala utk mamat kg tadi ke KL? Ntahhh


Comments: Post a Comment


  • All of U Are FiredApprentice minggu lepas Donald T...
  • HandphoneDulu hp adalah barang mewah...hp dulu bes...
  • Smallville Season 4AKu peminat smallville. Tak per...
  • Entry terakhir 2005Hari ini 31 December 2005..puku...
  • The Apprentice Season 4Sudah masuk musim ke4 siri ...
  • Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuara...
  • Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 200...
  • Real Madrid 0 Barcelona 3Semalam berlangsung kemba...
  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...
  • Zakat Fitrah dan Zakat PendapatanBoleh dikatakan s...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1