Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, February 12, 2006
 
MRR2 yg Retak

Jalan di KL mmg cepat berubah. Disebabkan pembangunan begitu pantas, di sesetengah tempat yg kadar penduduknya tinggi jalan sedia ada tidak mampu menampung traffic yg sgt heavy. Jadi mcm2 lah projek kerajaan dlm menangani masalah kesesakan ini dgn projek penyuraian traffic. Disebabkan tanah dah takde nak besarkan jalan, kenalah sistem penyuraian traffic ni dibina jambatan2 atau flyover. Mmg hebat pemandangan di sesetengah tempat terutama kat area mid-valley-PJ, Kinrara-Puchong, Kepong-Damansara dan Kajang-Semenyih serta persimpangan Mines yg tak siap lagi dengan jalan tu bersimpang siur dgn fly-over atas fly-over. Kalau org kg dtg mesti perak sakan. Even org yg dah lama tak dtg KL, bila dtg sesekali sure pening tgk jln dah byk berubah. Semasa pembinaan jambatan, flyover atau highway ni mmg menyeksakan pengguna jalanraya yg terpaksa melalui jln yg sempit, rosak dgn jentera2 construction dan lubang sana sini. Kalau projek tu bertahun ambik masa nak siap, maka bertahunlah penyeksaan tu akan terasa. Yang tak bestnya bila dah siap, pakai beberapa thn saja dah timbul masalah keretakan di sana sini sebagaimana berlaku pada MRR2 sekarang. Retak satu dua boleh diterima lagi tapi ni retak beribu-ribu. Kalau rumah aku retak beribu2 aku tak pk panjang dah nak tampal, terus aku roboh bina baru.

Kenapa MRR2 boleh retak teruk?
1) Faktor Cuaca
Logik: Cuaca negara kita panas dan hujan sepanjang tahun. Ini memberi kesan kepada struktur tiang jambatan dan menyebabkan ianya retak.
Tak Logik: Memang sediamaklum cuaca negara kita mcm tu, kenapa design jambatan tak ikut keadaan cuaca. Kalau struktur design bangunan negara kita dibina kat Jepun, sure gempa skit runtuh bangunan-sebabnya bangunan kat negara kita tak ambilkira faktor gempa bumi. Lagi pun ni bukan 1st time kita bina structure tu..Jambatan Pulau Pinang, KLCC, KL Tower dan mcm2 lagi OK jek..kenapa MRR2 mesti problem?

2) Faktor Kenderaan banyak sangat
Logik: Mmg logik-kalau volum kenderaan 1-2 jek yg guna MRR2 ni sure takde masalah retak ni. Ini semua lori bas kereta bulldozer guna MRR2 jugak...sure laa boleh retak.
Tak Logik: Kalau setakat 1-2 kenderaan yg nak guna baik tak payah bina MRR2...buang karan jek.

3) Faktor Design
Logik: Mungkin design MRR2 terbukti kukuh di luar negara maybe kat UK ke, US ke...secara logik patut takde masalah kat negara kita jugak.
Tak logik: Mana sama negara kita dgn negara lain. Kereta US kalau masuk sini pun dah problem sbb pemandu sebelah kiri-dah problem nak bayar tol. Faktor yg penuh kebangangan.

4) Faktor Human Error
Logik: Mungkin buruh2 kontrak tu salah bancuh simen ke, tercampur pasir tak kualiti, engineer silap buat calculation ke dan ntah apa-apa lagi.
Tak Logik: Projek mega mcm tu sepatutnya ada management control yg bagus...ni bukan projek sembang kedai kopi, ni ratus2 juta punya projek. Kalau percentage human error tinggi mesti laa something wrong kat project management.

5) Faktor Sudah Takdirnya begitu
Logik: Segala berlaku adalah kehendak tuhan...sudah takdir. Dah retak nak buat lagu mana.
Tak Logik: Ada hadis yg menyatakan kamu lebih tahu ttg hal dunia kamu dan ada ayat quran yg menyatakan nasib sesuatu kaum takkan berubah melainkan kaum tu yg mengubahnya...semua benda yg dibina manusia pasti ada defect, tapi kalau terlalu byk dan sepatutnya defect tu boleh dielakkan dgn perancangan dan perlaksanaan yg baik, takkan takdir juga nak disalahkan.

Apa2 pun kita mengharapkan kebijaksanaan Menteri Pengangkutan kita yg dah berdekad2 memegang jawatan tersebut utk menyelesaikan masalah ni agar projek ratusan juta RM ni takkan membazir begitu sahaja. Kalaulah ia terpaksa dirobohkan dan dibina baru, alangkah membazirnya...


Cerita Bola

Chelsea kalah 3-0 dgn Boro hahahaha..padan muka Mourinho, bg dia rasa skit kalah teruk. Walaupun takde laa effect pun kedudukan chelsea kat tangga teratas tapi sedikit sbyk tercalar ler skit ego mourinho tu.

Mesir menjadi juara piala afrika selepas mengalahkan ivory coast menerusi sepakan penalti. Aku respek betul dgn FA mesir yg terus buang Mido selepas bertengkar dgn jurulatihnya apabila dia dikeluarkan semasa peringkat separuh akhir. Pemain asia seperti mido yg menjadi star kat Spurs biasanya akan menjadi pujaan di negaranya. Tapi star-star pun kalau kurang ajar tak guna jugak. Malahan penyokong mesir pun marah dgn dia hingga memboo dan menjerit keluarkan mido.

Kat negara kita lak, Akmal Rizal merajuk dgn FAM selepas gagal melepasi cooper test-kena lari 3000m di bawah 12minit. Akibatnya lesen pemain pro gagal diperolehinya. Malaysia satu-satunya negara yg laksanakan test tersebut-hebatkannn-tapi standard liga super takde laa kemana pun. So Akmal Rizal tak dpt beraksi mewakili Kedah dan bercadang berhirah ke Liga S Singapura. Hijrah laa akmal, kat Malaysia pun bukannya boleh berkembang game..statik jek.


Comments: Post a Comment


  • Cerita BolaChelsea makin konsisten seri hahaha dgn...
  • All of U Are FiredApprentice minggu lepas Donald T...
  • HandphoneDulu hp adalah barang mewah...hp dulu bes...
  • Smallville Season 4AKu peminat smallville. Tak per...
  • Entry terakhir 2005Hari ini 31 December 2005..puku...
  • The Apprentice Season 4Sudah masuk musim ke4 siri ...
  • Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuara...
  • Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 200...
  • Real Madrid 0 Barcelona 3Semalam berlangsung kemba...
  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1