Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, September 30, 2006
 
Boikot

Bila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh. Ye la kan, naik di waktu bulan posa ni dah nak raya sure permintaan ke atas ayam akan meningkat berkali ganda. Kenaikan lak 2 kali lak tu sebelum kerajaan mengurangkan balik harganya. Alasan persatuan penternak ayam nak recover balik rugi masa org ramai tak berani makan ayam masa selsema burung melanda dulu. Memang membebankan dan menyusahkan pengguna lah dgn susah nak dpt gula dan harga minyak naik. Mmg thn ni krisis kepenggunaan yg teruklah kat negara kita...hmmm sabarrr bulan puasa nihh :D

Bila harga ayam naik, dan bekalan gula takde-ada agenda sorok utk memaksa kenaikan harga maka berdegar-degar lah kenyataan sana sini di media mengenai kuasa pengguna. Sorang penonton tv3 hantar email yg menyoal kenapa pengguna tak menggunakan kuasa beli mereka utk memboikot barang2 yg naik harganya? kenapa bila harga barang naik mesti kecoh? Kalau semua memboikot kan automatik harga akan kembali turun mengikut teori mekanisme pemasaran. Hmmm betul juga tuhh

Tapi boikot sini senang laa nak cakap dari nak buat. Barang2 yang naik tu barang2 keperluan. Hanya yg melibatkan soal hidup mati kesihatan jek semua org akan boikot seperti risiko selsema burung. Kalau tak hampir mustahil org nak boikot. Rakyat kita terdiri dr golongan mewah, kaya, pertengahan, miskin dan papa. Golongan mewah dan kaya peduli apa harga naik tak naik..tak terjejas pun kehidupan depa. Golongan pertengahan pun akan merungut harga naik tp biasanya mereka takkan boikot jugak dgn men-adjust pendapatan mereka. Golongan miskin ni mmg sekali sekala je beli ayam. jadi masa bila nak boikotnya? Sbb tu peniaga pemborong ni berani naikkan harga sesuka hati. 2-3 hari lepas kat forum Utusan malaysia ada pembaca yg menghantar pendapat menyatakan perkara yg serupa: bokot senang cakap dari buat. Antara point dia apa alternatif kalau nak boikot ayam? Nak beli ikan...ikan sebenarnya lagi mahal dari ayam. Daging pun sama. Boleh baca pendapat akak ni yg aku bersetuju sgt.

Boikot ayam lebih mudah cakap daripada bikin

So masalah ini lebih bergantung kepada penyelesaian drpd pihak kerajaan. Tak boleh sewenang2nya peniaga2 menaikkan barang sesuka hati terutama barang kawalan. Kerajaan kena laa memantau dan melaksanakan undang2 dgn tegas. Aku boring dengar alasan seperti -baguslah kurang gula, kurang gula kurang skit risiko penyakit diabetes, jantung etc, rakyat kena biasakan diri kurang gula - semasa di awal krisis gula dulu. Padahal rokok arak tak pernah kurang pulak bekalannya.




  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...
  • Suami SurirumahAku tak pasti bagaimana isu isteri ...
  • Piala ThomasJumaat lepas skuad negara berhempas pu...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1