Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, September 24, 2006
 
Ramadhan Datang Lagi

Datang lagi bulan Ramadhan. Masih baru rasa ramadhan lepas. Cepat betul masa. Syukur juga masih dapat merasa ramadhan tahun ini pula.

Selamat Berpuasa kepada semua. Selamat menambah amal ibadat di bulan penuh berkat ini. Bulan pahala berdouble-triple-quadriple utk setiap kebajikan dilakukan. Lagi menguntungkan dari mana-mana investment unit trust mahupun skim cepat kaya internet. Tapi itulah, tak nampak kan macammana pahala tu berlipat kali ganda...jadi kita selalu ambil mudah pasal ibadat.

Terawih jgn lupa pula...tak kisah lah 8 rakaat mahupun 20---aku prefer 8 sbb sandaran dalilnya lagi kuat. Tapi sudah resmi org kita awal2 penuh masjid dan makin susut menjelang pertengahan hingga akhir ramadhan. Apa kata kita ubah tradisi, awal2 ni kurang tapi makin penuh di penghujung ramadhan. Mmg by default lagi bagus penuh dari awal hingga akhir. Sbbnya lailatul-qadr datang di 10 mlm terakhir. Sepatutnya 10 mlm terakhir tu lagi byk amalan kita lakukan.

Sahur? bersahurlah walau dgn seteguk air atau sebijik kurma. Ambik sunat ini utk membezakan puasa org Islam dgn puasa org yahudi.

Pasar ramadhan pun akan kembali meriah dgn mcm2 juadah. Berbelanjalah dgn bijak. Beli selarat makan, jgn membazir. Di kala negara kekurangan gula di pasaran dan kenaikan harga ayam, tak tahu lagi harga lauk-pauk kali ni mcm mana. Maybe naik dr thn lepas.

Buffet pun akan rancak juga nanti. Ada kut hotel2 yg nak pecah rekod offer buffet lebih RM100 per-head? Thn lepas dah kontroversi ada hotel letak harga RM100.

Selamat berpuasa dan menjaga kualiti puasa..jgn smpai hanya dpt lapar dan dahaga sahaja.




  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...
  • Suami SurirumahAku tak pasti bagaimana isu isteri ...
  • Piala ThomasJumaat lepas skuad negara berhempas pu...
  • Hari Buruh dan Hari Pekerja1 Mei adalah hari buruh...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1