Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, October 09, 2006
 
Menjelang 10 terakhir ramadhan

Dulu masa zaman budak2, hari2 puasa rasanya sgt panjang. Rasa mcm nak ambik galah kait matahari kasi jatuh terbenam cepat. Masa aku mula2 belajar puasa time sekolah rendah dulu aku boleh tahan smpai kul 5 ptg then terus berbuka dgn minum air telaga-nikmatnya mcm minum jus buah hahaha...Sekarang tak tahu lah mungkin sbb dah makin berumur atau memang masa tu dah makin singkat walaupun waktu tu sendiri adalah pemalar= 24 jam sehari 7 hari seminggu sejak zaman berzaman. Mmng cepat sgt jam berganti jam hinggakan ramadhan thn ni pun dah melepasi pertengahannya. Apapun seperti yg semua sedia maklum 10 mlm terakhir ada salah satu mlmnya yg lebih baik drp 1000 bulan. Jadi tak payah kita mengharap keajaiban seperti nmpak pokok sujud. Apa2 amalan kita pd mlm tersebut akan mendapat ganjaran kebajikan 1000 bulan. Semasa zaman sekolah menengah aku bercita2 nak jumpa lailatulqadar apabila ustazah aku kata doa pd mlm qadar itu akan dimakbulkan tak salah aku 3 doa akan dimakbulkan. Otak masa tu berfikir agak kreatif-aku harap kalau jumpa mlm qadar aku akan berdoa yg pertama supaya tambahan 10 doa lagi utk dimakbulkan...hahaha kelakar bila dikenangkan.

Bila sebut pasal lailatulqadr, mlm tersebut adalah ganjaran kepd umat Nabi Muhammad s.a.w. Umat2 terdahulu hidup dgn umur yg panjang. Nabi Noh A.s misalnya umurnya hampir 1000 tahun maka masa beribadat mereka lebih panjang berbanding umat hari ni yg umur kalau ikut umur wafat Nabi Muhammad s.a.w ada 63 thn shj. Tapi bilakah mlm tersebut berlaku? Ustaz aku pernah bercerita, ada guru2 agama yg mentafsirkan surah al-qadr tu dlm mencari rahsia malam qadr. Ada yg menghitung jumlah huruf dalam surah tersebut, ada yg mengira berapa kali perkataan al-qadr itu muncul dsb. Yang pasti mlm qadr akan jatuh pd malam yg ganjil. Kiranya antara mlm 21, 23, 25, 27 atau 29. Mlm tersebut dikatakan nyaman, tidak hujan, tiada salakan anjing dan esok paginya matahari seolah2 tidak memancarkan sinar kerana dilitupi oleh sayap2 malaikat. Tapi ada drp bacaan aku yg menghuraikan betapa tak kenanya kita hanya beribadat pd mlm ganjil 10 mlm terakhir dan tido pd mlm genap. Ini kerana hanya Allah yg mengetahui bila sebenarnya mlm tersebut berlaku. Bumi ini kan berputar, malam di Malaysia siang di negara lain. Sekiranya mlm ganjil di sini mungkin mlm genap di negara lain. Ada negara yg bermulanya ramadhan lebih awal dr negara kita..jadi bagaimana ketentuan malam ganjil dibuat? Wallahua'lam

Jadi senang cerita, beramal ibadat dlm bulan ramadhan akan sentiasa mendpt ganjaran pahala berlipat kali ganda. Kena pulak mlm tu mlm qadr ganjaran menyamai 1000 bulan akan dicreditkan dlm akaun amalan kita walaupun kita tak tahu sebenarnya mlm tersebut adalah malam qadr.

Nota: Kita selalu sebut Malam LailatulQadar. "Lail' itu sendiri sudah bermaksud malam. Kalau dlm bahasa Inggeris kita sebut Jalan Petaling Street sure akan menimbulkan polemik dlm akhbar. Tp mungkin literasi bahasa Arab tu tak begitu hebat mcm english dlm masyarakat, so redundancy bahasa malaysia-arab tu kita tak peduli sgt hehehehe




  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...
  • Suami SurirumahAku tak pasti bagaimana isu isteri ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1