Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, August 24, 2005
 
Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita politik MCA dan Gerakan disamping berita Mawi yang masih lagi menjadi bahan pelaris akhbar. Minggu ni sekolah cuti seminggu...best betul jadi budak sekolah, jadi cikgu pun best jugak..dah sekolah cuti, kalau nasib baik tak kena pergi kursus, cikgu2 pun akan cuti sakan.

31 Ogos akan menjelang...sibuklah kat media massa berkempen suruh pasang bendera utk menunjukkan semangat patriotik..tapi tak sehebat tahun-tahun lepas nmpaknya kempen kali ini. Iklan merdeka petronas pn dah ditayangkan dengan bertemakan hidup membantu. Watak utamanya seorang pakcik yg kudung kakinya tapi dah berjaya dalam hidup--digambarkan akhir iklan menaiki sebuah kereta mewah. Apa erti kemerdekaan? Sbg warga generasi lepas merdeka for sure aku takkan memahami susah payah org dulu2 berjuang memerdekakan negara dari penjajah...sekadar membaca dan mengetahui sejarah. Tapi syukurlah aku dilahirkan lepas merdeka. Negara kita merdeka tanpa perjuangan berdarah sebagaimana kemerdekaan Indonesia. Harga kemerdekaan menerusi rundingan ini terlalu mahal apabila terdapat hak2 milik bumiputra terutama Melayu yang terpaksa dikongsi bersama dengan bangsa pendatang lain.

The Apprentice 21 Ogos 2005

Kali ni Alex memilih Tana sbb team member utk tugasan menghasilkan T-Shirt sempena sambutan apa ntah dan team yg mendapat jualan terbanyak akan menang. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Kendra dan Craig apabila strategi marketing mereka lebih berkesan. Mereka bijak mensasarkan kepada collectors dengan menghantar email kepada lebih 3000 org sedangkan Alex dan Tana hanya membuat marketing biasa mcm jual kat pasar mlm. Bila diumumkan team kendra menang terus aku tutup tv--tak payah tunggu sesi dlm board room sbb confirm Alex yg kena fired. Start next week 3 remains akan meneruskan cabaran secara individu. Bosanlah sebb terlalu awal tahu Kendra akan menang dan lawannya di final adalah Tana.


Comments: Post a Comment


  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah
  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...
  • Hebattt...sejak final champion league lepas dah la...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1