Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, August 15, 2005
 
Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3

Jgn lupa menonton siri Ilmuwan Islam di tv3 setiap Isnin jam 930 mlm bermula 15 Ogos 2005. Sejarah telah membuktikan di zaman kegemilangan Islam terutama di era Umayyah dan Abbasiyah, ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang berkembang pesat Di saat tersebut eropah masih kolot dan amerika masih belum ditemui. Tokoh-tokoh Islam ini menguasai kesemua bidang ilmu dan menjadi tumpuan pelajar2 dari seluruh dunia. Di zaman tersebut bahasa Arab adalah bahasa utama sebagaimana bahasa inggeris pada masa sekarang. Semua lelaki akan merasa bangga menyimpan janggut mengikut tokoh2 Islam. Hebatnya Islam di zaman tersebut. Tetapi jgn terpedaya pula dgn hujah orientalis yg menyatakan zaman kegemilangan Islam adalah pada zaman Abbasiyah...sebenar-benarnya zaman kegemilangan dan kehebatan Islam adalah di zaman Rasulullah SAW di mana umat Islam dipimpin secara terus oleh wahyu Allah. Bila menonton siri ini harapnya sedikit sebanyak akan membuka minda kita untuk mencari dan mendapatkan kembali hikmah yg telah lama hilang daripada org Islam. Sejak pertembungan Islam-Kristian dalam perang salib yg memakan masa beratus tahun, apa yg terjadi adalah transmission ilmu daripada umat Islam kepada eropah yang pada masa itu bangkit daripada zaman kegelapan. Secara kasar kita boleh lihat tamadun keilmuan Islam menghampiri hujungnya menjelang abad ke 15 dgn hilangnya pemerintahan khalifah apabila jatuhnya kerajaan Uthmaniyah. Sejak itu hingga kini tamadun barat mengambilalih peradaban dunia hinggakan segala-galanya dari barat akan menjadi ikutan, pujaan dan kebanggaan pada masa sekarang.

Adakah kita hanya berbangga dgn sejarah utk mengenang kembali zaman keagungan keilmuan Islam? Hmmm subjek sejarah pun tak minat dalam SPM :D Tapi bak kata cikgu aku, kita dijajah beratus-ratus tahun oleh portugis, belanda dan inggeris. Minda kita dah disetkan oleh penjajah dan mmg tugas yg cukup sukar sebenarnya utk mengubah cara pemikiran kita. Tapi mahu tak mahu kita perlu dan mesti mengubahnya ke arah sukakan kemajuan dan pengetahuan. Kalau kita tak berjaya sepenuhnya pasti kita akan berjaya sedikit sebanyak dan generasi berikutnya pasti akan lebih berjaya dari kita.


EPL 2005/06

Secara rasmi season baru bolasepak eropah bermula dan tumpuan pastinya kepada EPL. Dalam charity shield chelsea merangkul piala pertama musim ini dgn mengalahkan arsenal 2-1. Masih terlalu awal sbb baru 1 game liga berlangsung dngn chelsea nyaris2 dimalukan oleh pendatang baru EPL, Wigan...nasib jek Crespo score last2 minit utk mng 1-0. Awal2 musim ini aku takde la excited sangat nak tgk...belum panas lagi :D Daripada persediaan pasukan, ternyata Chelsea, Arsenal dan Manchester United masih merupakan pencabar utama kejuaraan. Pasukan lain yg maybe mampu memberi saingan adalah Liverpool dan Newcastle. Jika season lepas, everton, bolton dan boro menjadi pasukan yg menunjukkan peningkatan apakah musim ini mereka mampu mengulangi kecemerlangan tersebut? Sama2 kita nantikan.


The Apprentice 14 Ogos 05

Akhirnya final 4 terdiri daripada Kendra, Tana, Craig dan Alex setelah Bren difired bila teamnya kalah lagi. Aku mmg suka dgn cara Kendra dan Tana dlm mengendalikan tugasan mereka. Mereka membuat research ke atas focus group, memahami apa yang target market perlukan dan begitu kreatif. Ini sangat berbeza dgn kebanyakan peserta lelaki seperti Alex dan Bren yg menghasilkan produk yg kompleks tp akhirnya tidak menarik minat para penilai atau hakim. Season ni peserta lelaki sangat lemah dibandingkan dgn season lepas.


Jerebu Datang dan Pergi

Kita merindui udara yg bersih apabila jerebu melanda negara. Sampaikan karbon monoksida berkepul2 kluar daripada kenderaan dan keadaan sesak di pudu raya pun dapat kita terima berbanding azab ketika jerebu. Dan kini ia makin hilang dan kita pun kembali kepada keadaan asal ...lupa pernah dilanda jerebu dan juga lupa pernah dilanda tsunami disebabkan gelombang tsumawi mengambilalih. Harapnya kita boleh terfikir, dgn jerebu telah mendtgkan ketidakselesaan pada kita secara nationwide..tak kira yg kaya atau miskin disebabkan kita menyedut udara yg sama...adalah sangat mudah bg Allah utk mendatangkan bala kepada kita sekiranya kita lupa kepada tuntutan agama.


Comments: Post a Comment


  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah
  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...
  • Hebattt...sejak final champion league lepas dah la...
  • The Apprentice


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1