Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, October 18, 2006
 
Balik Kg

Berhati-hati memandu semasa balik kg jauh atau dekat. Polis pun dah lancarkan Ops Sikap ke berapa ntah aku tak ingat sempena musim perayaan ni. Aku pun akan balik kg...ye la kan, org ada kg jadi kena laa balik kg. Lumrahnya balik kg adalah balik ke rumah ibu bapa. Anak2 kg yg dah berhijrah ke kota atau tempat lain mungkin dah keja gaji tinggi2 bila musim2 raya ni akan pulang ke kg. Kat kg selalunya sekelilingnya adalah sedara mara atau kaum kerabat. Mcm aku bila blk kg raya rumah member, mak dia tanya aku anak sapa, bila aku cakap terus makcik tu kata laaa adik beradik laa ni, tokwan hang 2 pupu ngan ayah makcik..iskk..sebab tu laa nak cari jodoh cari laa jauh2 skit hehehe

Best sebenarnya balik kg nihh..dapat lari kejap dr rutin kerja seharian, dari sesak kl yg buat aku menyampah nihh dan mcm2 lagi lah. Selain menjenguk org tua di kg dpt berkumpul adik beradik..kan seronok tu. Macam aku mentaliti seronok tinggal kat kg tu masih kuat. Maybe tua2 nanti aku dok kg jugak. Tapi mostly yg dah bekerja kat kl atau mana2 bandar pasti akan bermastautin kat situ--beli rumah dan setrusnya bermukim. Anak anak mereka dah jadi org bandar. So anak2 nih dah tak tahu bestnya ada kg dan balik kg. Kalau ada mcm kg baru, kg pandan setakat naik lrt je dah sampai hehehehehe

Tapi kalau ikutkan kg pun mungkin akan membangun jd pekan dan akhirnya menjadi bandar. Suatu hari nanti mungkin konsep balik kg tu dah tak valid. Kena tukar jd balik bandar..hmmm janggalnya.

Apa-apapun yg penting adalah bertemu ibu-bapa, adik beradik dan sedara mara semasa musim perayaan ni..tak kisahlah di bandar atau di kg.

Yg tak bestnya, raya KL lengang..jd dipenuhi pendatang2..maybe indon tu kurang skit kut..depa pun balik kg jugak beraya.


Iklan Petronas

Ada iklan utk deepavali dan ada iklan utk hari raya. Deepavali konsep komedi skit. hari raya konsep sedih. Iklan deepavali aku tak paham mulanya, bila member bgtau yg restoran asal tu letak signboard entrance--nama restoran kan sama--sure laa org masuk ikut entrance--then baru aku paham hahahaha ....Iklan raya pulak mmg menyentuh perasaan. Kisah tu dah byk kali aku baca dlm byk version. Version yg paling best aku baca si bapa tua tu diberi makan oleh anak menantunya dalam tempurung dan cawankan buluh kerana memecahkan pinggan semasa makan. Sedih si bapa ni makan mcm bg kucing makan. Bila cucunya bertanya atoknya kenapa makan dalm tempurung, atok dlm sedih nak cover cakap-org tua2 mcm atok ni mmg kena makan dlm tempurung. Then satu masa sewaktu si anak menantu bersama cucu ni keluar ke pekan, si cucu ternampak tempurung kat tong sampah dan beria2 meminta bapanya ambik..bapanya hairan dan bila ditanyakan, anaknya menjawab..nak bersihkan dan simpan utk mak ayah guna nak makan bila dah tua cam atok...terus insap parent tadi.

Bila dilakonkan kisah tersebut walaupun kisah tu dah familiar bg aku, namun kesannya tetap kuat dalam hati. Bagus iklan petronas kali ni.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ok lah, seperti mana rutin menjelang akhir Ramadhan setiap tahun...aku pun nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua rakan2 blog, pengunjung2 blog sama ada datang dgn intention atau tersesat. Semoga hari raya kali ini lebih meriah buat semua dan kenangkan kembali adakah ramadhan yg berakhir ini memberi apa2 kesan kepada diri kita. Kita sepatutnya bersedih bila ramadhan berakhir tapi sebaliknya kita seronok sbb nak beraya. Tapi bukan salah pun utk bergembira di hari raya kerana itulah hari perayaan utama dalam agama kita.




  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1