Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, October 15, 2006
 
Raya

Dlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya dah berkumandang dlm radio. Gomen siap dah announce cuti utk kakitangan awam pd hari isnin dan jumaat. Memandang deepavali pun jatuh minggu yg sama, cuti raya pun tak perlu apply byk2. Apply 3 hari dah langsung jd seminggu cuti raya. Bila hari raya hampir sama dgn deepavali maka konsep deepa raya pun bergema lagi. DUlu sama dgn thn baru cina, disebutlah org sbg gong xi raya. Atas nama perpaduan, kesefahaman kaum dan agama istilah2 ini diterimapakai dlm media massa. Tapi bagaimana dr sudut agama Islam itu sendiri bilamana hari kebesaran dalam agama disamaratakan dengan perayaan agama lain? Jadi elakkan lah drp mengucapkan selamat deepa raya. Bimbang pulak tanpa disedari kita meletakkan agama islam itu sama dengan agama lain.

Kingdom of Heaven

Pengaruh filem dan tv mmg besar dlm kehidupan. Kanak2 misalnya terpengaruh dgn superhero mereka. Tak hairan laa kalau ada yg tak percaya Amerika dulu kalah dlm perang vietnam. Mana taknya, tgk cerita Rambo, Missing in Action kan Amerika menang.

Bagi filem2 yang melibatkan tokoh2 Islam sperti Lion of Desert dan Kingdom of Heaven...di mana stand anda bila menontonnya? Lion of Desert sgt clear mengenengahkan Umar Mukhtar sbg wira, bila menonton anda akan menganggap beliau sbg wira dah sedih bila akhirnya beliau dihukum gantung. Tapi bila anda menonton Kingdom of Heaven yg berkisar sejarah penaklukan baitul-muqaddis oleh Salahuddin al-ayubi, watak hero dan jalan cerita dibangunkan sekitar watak Orlando Bloom sbg pejuang tentera salib. Walaupun pengarah filem tersebut dilihat berlaku adil--tidak memutarbelitkan fakta berkenaan hebatnya karisma dan sikap Salahudin al-Ayubi dan tentera Islam..tapi secara halus menanamkan dlm hati penonton, hero sebenar adalah Orlando Bloom dan tentera2 salib. Hati boleh terdetik bimbang tu bila serangan ballistik dr tentera Islam ke atas kota dgn dipertahankan oleh tentera salib. Benda2 yg menyentuh i'tikad dan niat dalam hati sgt merbahaya kerana berkaitan langsung dgn akidah. Kena berhati-hati.

Zakat

Jgn lupa bayar zakat fitrah. Masa aku nak bayar last week, si amil bertanya utk berapa orang--aku jawab sorang jek..terus si amil cakap ishh sorang jekk....hmmmm harap thn depan at least boleh bayar utk 2 orang kalau tak 3 hahahaha

Zakat rukun Islam yg ke-3 lepas mengucap 2 kalimah syahadah dan solat 5 waktu. Masa mula2 belajar sekolah rendah zakat diletakkan dlm rukun ke -4 selepas puasa. Tapi ada ayat2 quran yg jelas menyambungkan kewajipan solat dan zakat. Jadi sememangnya rukun Islam selepas solat adalah menunaikan zakat.

Jgn lupa bayar zakat fitrah. Zakat harta pun jgn lupa jugak bila dah cukup haulnya.




  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...
  • World Cup 2006 Germany
  • Dengan kalahnya Arsenal 2-1 kepada Barcelona dlm p...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1