Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, November 05, 2006
 
Raya

Mari kita tgk The Best of raya baru-baru ni

a) Juadah Raya

Masih mempertahankan title sbg juadah raya paling hot adalah Lemang dan Ketupat. Cicah pulak dgn rendang, gulai ayam atau daging..fuhhhh awek lalu belakang pun tak perasan punya lah -lalu depan mesti laa perasan. Selepas lemang ketupat adalah kuih2 tradisional eg bahulu, dodol. Ranking kuih2 lain naik merampas takhta hanya selepas raya ke 3 bila lemang ketupat dan kuih2 tradisional ni dah abis. Dijangkakan kedudukan lemang ketupat di ranking pertama takkan berubah beberapa dekad akan datang kecuali semua buluh dan daun palas dah pupus. Buat ketupat dlm plastik dah direport oleh dlm paper boleh menyebabkan kemandulan.

b) Mercun

Meriam kabait juga masih berdentum dentam ibarat perang walaupun dah tak sehangat dulu tp masih merupakan the best kalau nak compare mercun2 lain. Kg aku asyik hujan setiap hari dan paling lebat masa malam raya, so budak2 pun takleh nak main bunga api kat laman rumah.

c) Iklan Raya

Paling Best sure lah Iklan Petronas. Telekom recycle iklan thn lepas. Iklan PNB lak aku rasa mcm pelik skit tgk..walaupun mesejnya sampai tp ntah, mcm tgk iklan analog bukan digital jek.

d) Movie Raya

Ntah tak tahulah apa movie raya paling best sbb aku tak tgk. Kalau movie prof tu mmg aku tak tgk.

e) Baju Raya

Lelaki sah2 laa baju melayu bersamping, bila lagi nak pakai camtu ye tak? Perempuan lak baju kurung, kebaya etc beraneka warna yg dah ditempah sejak 2-3 bulan lepas.

f) Cuti Raya

Seminggu bebb cuti...mana pernah kerja ni cuti direct seminggu kalau tak time hari raya --bagi aku lah. Mmg letak ketepi lah hal2 opis time cuti raya.

g)Lagu Raya

Kali ni lagu2 raya dah tak memberi feeling kpd aku. Tp lagu2 yg menguasai corong2 radio mcm biasalah lagu2 lama eg Dendang Perantau, Selamat Hari Raya. Tak kuasa laa nak dgr lagu2 raya baru2 nihh.

h) Topik Raya

Pertemuan Tun Dr M dgn Paklah. Kemudian Tun buat press conference kritik lagi. Takpe wait n see perkembangan seterusnya.


Posa 6


Ada dekat 20 hari lagi dlm bulan Syawal ni. Apa lagi buat la posa 6. Sunat yg melengkapkan posa bulan Ramadhan.


Open House

Resmi org bandar...buat open house baru org dtg beraya. Tak pegi tak buleh pulak sebab dijemput. So Selamat menghadiri open2 house raya. Habiskan makanan & juadah2 tuan rumah.




  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...
  • Penangan World CupDah lama tak update blog ni. Sem...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1