Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, March 03, 2007
 
Ekonomi Negara Yang Kukuh

Sebagai rakyat, aku pun rasa senang hati bila membaca akhbar laporan demi laporan tentang kedudukan ekonomi negara yang kukuh. Jumlah dagangan mencapai trilion RM, indeks saham mencecah 1350 mata iaitu yg tertinggi dalam sejarah dan PM kita pun menyatakan rakyat berada di zon selesa. Menteri2 pun mengatakan nilai atau angka2 tersebut adalah benar dan buktinya laporannya dipantau oleh badan kewangan antarabangsa. Jadi benarlah negara kita dgn asas ekonomi yg kukuh sememangnya kukuh ekonominya.

Cuma alangkah baiknya dengan kemakmuran ekonomi sekarang dan juga penurunan harga minyak sedunia--harga minyak dlm negara diturunkan setelah dinaikkan smpai 30sen. Kalau turun 5 sen je pun pun rasanya dah melegakan rakyat sedikit--byk jugak save tuuu. Kalau tak 5 sen, 1 sen pun ok lahhhh..ada jugak nmpak penurunan....tp kerajaan kata takleh terburu2 nak turunkan harga minyak sbb harganya tak stabil lagi...kena tunggu setahun baru dpt pastikan harga minyak tu stabil...hmmmmmm

p/s Minggu ni indeks saham negara jatuh. Tapi tak perlu panik sebab ia adalah satu pembetulan yang sihat

Final Piala Liga

Chelsea 2 Arsenal(B) 1

Chelsea turunkan full strength skuad dan wenger berpegang pd kata2nya utk menurunkan barisan pelapis Arsenal yg berusia dari semuda 17 tahun. Youngster arsenal telah menewaskan Liverpool dlm perjalanan ke perlawanan akhir dan wenger menyatakan mereka berhak beraksi di final dan meninggalkan pemain2 utama spt henry, gilberto, rosicky dan lehmann yg tak tersenarai pun dlm senarai pemain. Dan sememangnya aksi youngsters arsenal sangat memikat, permainan pantas dan mereka tewas disebabkan kurang pengalaman menentang bintang2 yg berharga ratusan juta dollar darpada pasukan Chelsea.

Dan permainan chelsea sungguh membosankan...hanya ok selepas Robben masuk..baru laju sket.

Makanan Segera

Menteri Kesihatan mencadangkan iklan makanan segera diharamkan kerana makanan tersebut menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. Maka isu tersebut menjadi hangat dan seperti biasa media massa pun ambik peluang dgn pelbagai artikel diutarakan, temubual tokoh2 itu ini dan ada yg menyokong ada yg tidak...Baru2 ni ada yg kata mee goreng, nasik lemak pun termasuk kategori makanan segera..pening kepala aku. Definisi makanan segera tu pun diorang tak jelas. Tapi kan yg buat aku lagi terfikir kenapa kita selalu nak buat keputusan yg kadang2 pelik:

1)Makanan segera menjejaskan kesihatan, kenapa iklan yg nak diharamkan..haramkanlah makanan itu terus.
2)Rokok pun sama...sah2 menjejaskan kesihatan..kena lak buat kempen "Tak Nak" yg berjuta2 tu tp takde kesan. Apa kata haramkan terus rokok tu jugak.
3)Arak lagi bahaya dr makanan segera...tp tak bising pulak nak haramkan even iklannya berleluasa kat panggung wayang atau akhbar bukan melayu.
4)Buat jalanraya atau highway tapi speed limit jln biasa alahai sekadar 60kmj manakala highway 110kmj. Tapi kenapa kereta2 kalau tgk meter speed ada yg boleh cecah 300kmj? Kan senang kalau limit speed semua keta kat malaysia 110 kmj jek?
5)Nak bagi murid2 sekolah pandai English tapi diubah bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik..patutnya ubah atau tambahbaik modul subjek Bahasa Inggeris.

Maybe ada reason yg aku tak tercapai oleh akal aku keputusan2 tersebut dibuat...baik rokok, arak dan makanan segera selain menjejaskan kesihatan ianya juga menyumbang pendpatan ekonomi negara berbillion2 RM.....emmmm




  • Tag-Tag OrangAku diperingatkan oleh kwan yg aku ni...
  • Menjelang thn baru cina, lokam atau limau mandarin...
  • Bayar kalau Drive sorang diri Maka terdengarlah ca...
  • Hari Wilayah, Thaipusam dan Asyura
  • Cerita BolaPasukan negara layak ke semifinal menen...
  • Banjir Gelombang KeduaBila baca paper dan tgk di t...
  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...
  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...
  • The Apprentice 5Dulu aku suka juga tulis pasal App...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1