Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, December 04, 2006
 
The Apprentice 5

Dulu aku suka juga tulis pasal Apprentice. Seronok tgk calon2 Donald Trump berentap dgn tugasan2 setiap minggu. Tapi Apprentice season 5 aku tak pernah review pun sbb malas. Tapi aku still follow setiap minggu walaupun takde laa sefanatik season2 lepas. Maksudnya ada 3-4 episod aku missed tgk. Secara personal Apprentice kali ni merupakan persaingan candidate paling hebat berbanding season2 lepas. Apa lagi nak compare season 4 yg terang2 Randall yg dominate. Final 2 menemukan Sean dan Lee yang akhirnya Sean di-hired oleh Trump. Mari lihat apa yg menarik dlm

Apprentice 5 di sudut vision aku:

1) Finale Sean vs Lee

Tak salah aku Sean hanya 2 kali jd PM dan menang kedua-duanya manakala Lee kalah sekali drp 3 atau 4 kali jadi pm. Beza sean ngan lee adalah lee masih muda-baru 22 thn manakala sean dah 33. Sejak beberapa season lepas aku mmg tak puas hati tugasan final yg Trump bagi sbb bg aku sgt tak fair. Tugasan kali ini Lee menganjurkan perlawanan hoki ais celebrity manakala sean menguruskan konsert bare-naked ladies. Kedua-duanya turut ditaja oleh pontiac yg memberikan kereta utk dilelong bagi tujuan amal. AKu rasa tak fair sbb workload 2 task ni tak sama. Sudah pasti laa anjur konsert lagi senang daripada perlawanan hoki tu. Sama jugak spt zaman Kendra menang yg mana dia kena uruskan Pelancaran games EA yg baru tapi Tana kena uruskan pertandingan utk melobi olimpik musim sejuk. Sean merupakan org british yg dah menetap di US manakala Lee adalah yahudi yg berasal dr New York. Alim si Lee ni hinggakan 2 kali tugasan dia tinggalkan sbb ada hari kebesaran yahudi--ntah hari apa ntah. Sebenarnya pun karakter leadership Sean mmg lebih terserlah drp Lee. Sean bijak mengcontrol staf bawahannya. Dia memilih Tammy, Andrea dan Tareq manakala Lee ntah hapa2 memilih Lenny, Pepi dan Roxanne. Aku boleh kata faktor kekalahan Lee adalah Lenny. Lenny tak serius buat keje dia dgn asyik buat lawak2 bodoh. Cuma mmg dia close giler laa dgn Lee. So bila Lee di-fired, Sean di-hired untuk menjadi the apprentice yg ke-5.

2) Badut

Setiap season mesti ada badut2 dlm Apprentice. Heran aku mcmmana mereka ni boleh terpilih walaupun candidate yg apply tu diorang claim dekat 1 juta org. Kali ni selepas Sam, Marcus, Amarosa adalah Brent. Kesian gak aku kat Brent sbb dia tak berpeluang jadi project manager sbb teammate lain really tak suka dia. Dia pun satu hal jugak...idea ntah hapa-hapa dgn suka bangkang tak menentu. Padahal mamat ni lawyer.

3) Tough Candidate

Bagi aku calon yg tak bernasib baik ke final tapi mempunyai karakter leadership yg bagus adalah Andrea dan Bryce. Sean mmg bijak memilih Andrea utk menjadi pembantunya dlm finale. Bryce sgt tegas dlm decisionnya hinggakan dia mencabar setiap hujah Trump dlm boardroom. Trump mempersoalkan tindakannya tidak membawa charmaine, sebaliknya membawa Lee apabila tugasan mencipta lagu iklan mereka tewas. Dia bertekak dengan Trump hinggakan carolyn suruh dia cakap "mr trump, pls fired me".

4) Kombinasi Lee-Sean

sebelum finale, tugasan Lee-Sean vs Allie-Roxanne sgt menarik. Diorang kena design uniform utk staff2 hotel drp penyambut tetamu sehingga la ke tukang masak. Allie-Roxanne confident giler dgn tugasan ini, dgn kononnya konsep "out of box" ntah hapa2 baju yg diorang design hinggakan tukang masak nampak mcm pelakon star trek. Lee-Sean bijak bila mementingkan keselesaan dan hanya enhance drp design asal. Hasilnya pengurusan hotel sgt impress dgn design mereka dan menyatakan design mereka akan digunakan. Itu kombinasi mereka yg hebat.

Pemenang2 Aprentice


Season 1: Bill
Season 2: Kelly
Season 3: Kendra
Season 4: Randal
Season 5: Sean

Antara semua pemenang ni drpd segi tugasan sebg project manager Kendra paling hebat. Aku tak paham kenapa calon Apprentice season 4 atau 5 tak ambik lesson macammana kendra bekerja. Cara kendra sgt simple..dia akan kenalpasti fokus group, customer-buat research keperluan pengguna dlm setiap tugasan. Aku still ingat ada tugasan jual pizza, instead kaedah tradisional jual drp premis harapkan org dtg, kendra ambik inisiatif cari customer korporat dan jual dlm volume yg byk. Dalam tugasan jual t-shirt, dia bijak mensasarkan kumpulan tshirt collector dgn menghantar email-blast kepada group tersebut. Dr segi kelayakan dan leadership pastinya Randal yang terkehadapan. Season 4 adalah season Randal. Semua candidate lain secara tak langsung telah mengiktiraf Randal lebih baik dr semua org. Ini terbukti bila berlaku pertukaran team member, semua akan point mahukan Randal. Pemenang yg aku kurang suka adalah Kelly. Bukan apa, saingan dia kat finale adalah Jennifer yg tak sepatutnya ke
final. Sepatutnya finale season 2 adalah di antara Kelly dan Kevin yg jauh berkelayakan drp Jennifer.

Pemenang2 the Apprentice sebenarnya melihatkan realiti sebenar dunia pekerjaan. Mereka yang berpendidikan + berpengalaman adalah calon utama. Trump pernah membahagikan kumpulan Book Smart vs Street Smart..tp akhirnya book smart yg akan menang menjadi apprentice. Antara Lee dan Sean walaupun prestasi kedua2nya bagus dan keduanya berpendidikan tinggi tapi pengalaman lak memisahkan Lee drp dihired. Dan drp season 1 berapa ramai mereka yg drp street smart gagal ke finale walaupun prestasi mereka bagus. Alasannya lawan mereka lebih berkelayakan dr segi pendidikan.

So bagi aku pendidikan itu maha penting. Pengalaman akan datang setelah bekerja, mengambil masa bertahun2 dan asas pendidikan itulah yang akan mecorakkan pengalaman tersebut. Walaupun mungkin ada antara kita tidak berpendidikan tp berjaya dlm hidup-maybe bisnes sukses juta2, aku percaya hidup tu akan lebih bermakna sekiranya dia turut berilmu.




  • BolaDah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya ...
  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1