Jadi warga kerja di Wilayah Persekutuan ada sedikit kekurangan berbanding negeri2 lain iaitu cuti...yaaa negeri2 lain ada tambahan cuti yg pelbagai spt cuti hari keputeraan sultan, cuti awal ramadhan dan mcm2 lagi. Jadi bila selangor cuti tp kl tak cuti tersangatlah dengkinya melihat jiran2 sebelah yg keja kat selangor boleh tegur pagi-pagi "Kerja kee hari nii?" hehehe Yang sinonim cuti bagi KL adalah pada 1hb Feb iaitu hari Wilayah. Ingatkan tahun ni boleh belagak kat member yg keja kat selangor tp jatuh pulak hari thaipusam 1hb Feb jugak tahun nihhh..cesss jadi akhirnya tahun ni KL dan Selangor sama-sama cuti 1hb Feb 2007.
10 Muharam merupakan hari asyura dalam Islam. Disunatkan kita berpuasa pada hari tersebut. Tradisi kat kg sempena hari asyura adalah memasak bubur asyura. Org kg biasanya memasak di surau dalam kawah dan dibahagikan kepada penduduk2 kg..mmg meriah. Sedapp bubur asyura nih...hasil campuran pelbagai bahan termasuklah pisang jagung kacang etc. Bubur asyura ni diambil sempena kisah Nabi Noh a.s yg menyuruh pengikutnya mencampurkan makanan2 utk dimasak di atas bahtera semasa berlaku banjir besar. So selamat menyambut hari asyura.
#
posted by jed1 @ 8:22 pm