Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, February 04, 2007
 
Bayar kalau Drive sorang diri

Maka terdengarlah cadangan sesapa yg drive kenderaan sorang diri ke KL akan dikenakan bayaran sepertimana yg dilaksanakan di singapura dan negara2 eropah. Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar. Aku tak kisah kalau ia dilaksanakan tapi kena lah sistem pengangkutan awam kita setanding dgn negara2 maju tersebut. Rasa aku jauh lagi taraf sistem pengangkutan awam kita nak capai tahap tu. Skrang pun aku lagi suka naik lrt ke KL..park keta kat mana2 stesen. Tapi tu ler nak gerak satu tempat ke satu tpt dgn public transport agak menyeksakan. Stesen2 interchange antara star-putra-komuter pun tak byk dan ada antaranya kena berjalan jauh. Cthnya macamana aku nak gi Tasik Titiwangsa naik public transport. Naik lrt atau monorail ke stesen Titiwangsa pun still jauh lagi nak gi tpt Eye of Malaysia. So kena ambik cab...jem pulak tu dah berapa RM kena bayar. Last2 senang pk drive keta je pegi kalau nak pegi sana. Bagaimana pula dgn bas? Semua ikut schedule ke? Selalu gak aku terbaca surat2 pembaca yg tak puas hati bas dtg tak ikut jadual, lambat etc...So kemaskinikan dulu sistem pengangkutan awam kita sebelum cadangan tersebut dilaksanakan. Apa nak hairan sgt kena bayar kannn sebab sekarang pun jalan mana yg masuk kl tak kena bayar tol?


Nikmat Ditarik

Byk benda dlm hidup kita ni adalah kehendak semata2. Bila berlaku musibah kita akan kembali kepada perkara asas keperluan dan mula memikirkan perkara2 kehendak tu takde pun takpe. Contohnya mangsa2 banjir bilamana rumah makin dinaiki air, mereka pasti akan pk utk menyelamatkan nyawa dahulu, kereta bmw tenggelam pun takpe..so mereka akan memanjat hingga ke bumbung smbil menanti pasukan penyelamat dtg. Ada diantara mereka yg 3-4 hari terperangkap. Makan apa yg ada..bukannya pizza atau sup ekor..apa yg ada akan dimakan utk survive. Semuanya akan kembali kepada asas kehidupan.

Begitu juga dengan handphone...bila sesatunya handphone 3G anda rosak, anda akan mengalami kesukaran untuk berhubung dan dihubung. Pada masa itu anda akan terpk alangkah bagusnya ada handphone walaupun takde camera, 3G asalkan dpt call in/out dan sms. Segalanya akan kembali kepada perkara asas sekiranya nikmat yg kita nikmati ini ditarik balik.


Bola Malaysia

Final Piala Negara2 Asean dah pun berlangsung 1st leg kat singapore...tp aku tak minat nak ulas pasal game Thai-Spore tu. Aku tak puas hati tgk game semifinal Msia vs Sgapore..Msia kalah penalti 5-4. Alasan tetap sama=coach akan berpuas hati kerana player dah berusaha gigih cuma nasib tak menyebelahi, tp aku walaupun bukan lah pemain bolasepak tp aku tau laa jugak silap2 bodoh kalau tgk sesatu game. lagipun aku sendiri merupakan pemain bola game fifa 200x yg handal jugak suatu masa dahulu, sanggup tak tido malam main game masa study dulu hingga ke tahap World Class Fastest...Aku tak puas hati bila player kita benda2 basic bola pun tak lepas lagi. Nak tahan bola pun tak betul, bola jauh dari kaki..nak drible tapi bola mudah dirampas pihak lawan..dah leading tp tak reti nak tambah lagi gol....arghhhh tension betul. Tp mcm biasa peluang harus terus diberikan kepada coach kita utk membentuk pasukan mantap utk kejohanan2 seterusnya.




  • Hari Wilayah, Thaipusam dan Asyura
  • Cerita BolaPasukan negara layak ke semifinal menen...
  • Banjir Gelombang KeduaBila baca paper dan tgk di t...
  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...
  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...
  • The Apprentice 5Dulu aku suka juga tulis pasal App...
  • BolaDah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya ...
  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1