Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, January 20, 2007
 
Cerita Bola

Pasukan negara layak ke semifinal menentang Singapura dlm kejohanan piala negara2 asean-dulu piala tiger. Jadi kelakar sket bilamana pasukan negara tak diharap layak pun bila kalah kepada Thailand 1-0. Malaysia layak disebabkan filipina seri dgn myanmar. Sampai begitu sekali imej bolasepak pasukan negara di mata rakyat tempatan. Dlm byk2 perkara mmg semangat patriotik rakyat negara ini boleh dipersoalkan. Mereka akan sokong kalau pasukan negara menang dan terus menang. Tak perlu lagi impian layak ke World Cup. Target dulu emas sea games dan sukan asia. Bolasepak adalah sukan paling popular di Malaysia. Malah di sekolah2 pelajar2 yg tepilih dlm skuad bola biasanya ada dlm kelas tersendiri---kerek skit laa dan boleh tunjuk star. Tapi tu ler kan..formula demi formula dicuba belum berjaya membentuk generasi bolasepak bertaraf dunia walaupun berjuta duit dah dihabiskan.

Cerita bola antarabangsa yg mencuri tumpuan sudah pasti penyertaan David Beckham ke kelab LA Galaxy US dgn kontrak bernilai 250juta dollar utk 5 tahun...gilosss...Nilai komersial beckham memungkinkan kontrak tersebut walaupun dia sebenarnya dah di akhir2 karier--umur dah 31. Dok real madrid pun bekham dibayar berjuta dolar setahun tp presiden real sendiri mengakui beckham sebenarnya membayar sendiri gajinya--sponsor bykkk. Sejak kedatangan capello ke real telah menyebabkan beckham asyik memanaskan bench. Dia tak byk pilihan kalau nak masuk kelab2 ternama. Sah2 dia taknak kelab2 kecil spt spurs dan bolton yg cuba menarik dia kembali ke premier league..jadi US adalah pilihan terbaik beckham disamping kontraknya yg still sgt mahal.

Maal Hijrah

Aku rasa ramai org tak perasan hari ni sabtu 20Jan2007 adalah bersamaan 1 Muharam 1428H. Tahun baru kalendar Islam. Sebab apa tak perasan? sbb ia jatuh hari sabtu yg mmg dah cuti so takde laa cuti maal hijrah. Kalau jatuh hari Isnin sure semua org tahu hari tersebut adalah hari pertama tahun baru Islam. Hmmm nak kata org aku pun sama tak perasan..hishhh

So aku ucapkan salam maal hijrah kepada semua. Semoga tahun baru ini segalanya lebih baik drp tahun2 lepas.




  • Banjir Gelombang KeduaBila baca paper dan tgk di t...
  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...
  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...
  • The Apprentice 5Dulu aku suka juga tulis pasal App...
  • BolaDah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya ...
  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1