Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, December 17, 2006
 
Tol Naik


5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar tol drp 30sen sehingga RM1 berkuatkuasa 1 Jan 2007. Beza kenaikannya dgn minyak cuma ia diumum lebih awal--tak seperti minyak naik esok mlm ni baru bgtau. Aku yg mengguna highway grandsaga akan turut terkena secara langsung kenaikan ini bila tol bt9 naik dari 70sen ke RM1 dan tol bt11 yg naik dari 60sen ke 90sen.

Tapi jangan risau...kadar tol negara kita masih TERENDAH di dunia. Kiranya boleh lagi nak naikkan kadar tu. Bak kata dato' minister kita, "Kalau tak sanggup bayar, tak ada lebuhraya bermutu tinggi" dan ini merupakan keputusan yang BERAT diambil kerajaan.

Realitinya tol naik akan menambah beban perbelanjaan rakyat. Kadar terendah di dunia pun tapi kalau sehari kena bayar tol 3-4 kali utk ulang-alik ke tempat kerja akan memeningkan kepala merancang bajet.


Bola

2nd round Champion League dah pun dibuat undi sapa lwn sapa. Paling menarik pastinya Barcelona vs Lverpool dan Real Madrid vs Bayern Munich. Chelsea dan MU patut takde masalah nak lepas bila masing2 jumpa Porto dan Lille. Arsenal quite tough kena lawan PSV Eindhoven.

EPL lak manager West Ham Alan Pardew baru kena sack. Lepas mengejutkan semua dgn berjaya membawa masuk tevez dan mascherano, nasib tak menyebelahi west ham sbb asyik kalah manjang. Tevez tu hardworking tp nmpaknya problem dia nak adapt ngan game british. Semlm tgk game Arsenal vs Portsmouth. Aku mmg suka laa theo walcott, mmg dia bakal menjadi star england in future. Wenger bijak tak begitu menonjolkan dia sbb tak mahu jadi mcm rooney yg terlalu cepat diberi harapan. Walcot baru 18 thn--byk masa lagi utk dia belajar dan seterusnya mature dlm permainannya. Maradona masa 1st debut dlm worldcup 82 pun tak mature dan cepat marah sbb semua pemain asyik nak tackle dia. Akibatnya dia dibuang padang bila menendang pemain brazil yg mengkasarinya. Tp dlm worldcup 86 waktu dia dah matured--umur 26thn dia membawa argentina menjadi juara dunia.

Dalam sibuk2 bola eropah, liga M pun dah start. Perlis menang piala sumbangsih mengalahkan pahang 2-1.


Cicakman

Aku tak tgk lagi cicakman..tp gah betul berita kat paper. dlm seminggu dah dekat 3juta. 1 demi 1 rekod filem dipecahkan dan semua org menunggu samada filem ini akan memecah rekod sembilu 2 yg mencatatkan kutipan 6.1 juta. KRU bijak memasarkan cicakman dgn mengeluarkan merchandise, tshirt, mug, stationary dsbnya. Baguss betul dgn target pasaran kanak-kanak. Tu tak termasuk dgn proses export tayangan luar negara..sure berjuta2 jugak masuk.

Komen2 yg didengar beraneka laa kan..ada kata jln cerita tak best laa, scene over acting dan macam2. Benda2 tu mmg sinonim dgn cerita melayu..yg buat org nak tgk adalah tema superhero, penggunaan cgi dan kesan khas. Yusri Kru kata dia buat sendiri cgi dlm cicakman dgn software 3dstudio max dan apa ntah lagi. Respek aku...sbb aku tau bukan mudah nak study sofware 3D---aku pernah try nak belajo tp tak pandai2 pun hahaaha

Maybe ada masa aku gi tgk cicakman..kalau tak sempat aku tunggu masuk tv raya thn depan. Meh baca komen kakwan pasal cicakman nih




  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...
  • The Apprentice 5Dulu aku suka juga tulis pasal App...
  • BolaDah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya ...
  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1