Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, January 14, 2007
 
Banjir Gelombang Kedua

Bila baca paper dan tgk di tv banjir gelombang kedua di Johor, rasa simpati dan kesian kepada mangsa2 banjir. Ingatkan dah selamat, balik rumah baru nak cuci dah dtg lagi banjir. Bandar kota tinggi melaut dgn air. Bas pun tenggelam. Kita yg tak berada di tempat mangsa banjir patut rasa bersyukur tidak dilanda musibah alam tersebut. Bantuan demi bantuan yg dihulurkan diharapkan akan membantu mangsa2 banjir terutama mereka yg berpendapatan rendah.

2007

Ini entry pertama aku dlm tahun 2007. Biasa laa tahun baru, dengar radio semua kisah azam baru. Diari 2006 dah tutup buka pula diari 2007. Anda suka tulis diari? Rakamkan catatan harian 365 hari. Aku dulu masa sekolah try jugak tulis diari. Tapi sama je contentnya. Asyik bangun pagi gosok gigi, pegi sekolah balik sekolah. Selang seminggu aku dah fedup tulis, so tak payah tulis lah. Skrang teknologi dah canggih, dah ada PDA, phone-pda dan mcm2 device untuk merancang aktiviti dan merekodkan aktiviti harian. Blog pun salah satu media bg kebanyakan org utk mencatatkan catatan harian. Ikut kesukaan masing2 lah.

Internet dan Gempa bumi di Taiwan

Dulu gempa bumi di taiwan menyebabkan harga device komputer mendadak naik. Aku beli SDRAM 64MB dgn harga RM250 pd thn 2000-kopak duit loan MARA. Baru2 ni gempa bumi di taiwan menyebabkan kabel fibre optic dasar laut rosak dan menjejaskan hubungan internet ke US dan Europe. Kalau tak disebabkan kerosakan kabel tu mmg aku sendiri pun tak tahu bagaimana sebenarnya routing Internet kat malaysia ni ke luar hehehehehe So baru ler kita tau Internet yg kita dok guna selama ni route ke luar menerusi asia timur disebabkan kos lagi rendah berbanding ikut asia barat. Betapa kos yg tinggi kita bayar utk kemudahan internet selama ini. So aku pun turut menyokonglah penubuhan Malaysia Internet Exchange (MIX) yg akan menubuhkan ibu sawat Internet negara di mana pas ni kita tak lagi bergantung kepada negara luar terutama Spore dan menjimatkan aliran keluar matawang.

Kesan kerosakan kabel dasar laut tu mmg meresahkan pengguna2 Internet bilamana pelbagai aktiviti online tidak dapat dijalankan antaranya nak update blog, baca blog, surfing, chatting, download movie dan menyumpah2 bila nak nak bukak google pun tak boleh. Hahahha . Tapi progress pembaikan kerosakan kabel semakin baik dan kita pun dpt merasa Internet semakin kembali seperti sedia kala. Internet telah menjadi sebahagian gaya hidup kebanyakan drp kita--termasuklah aku.

Tahun Melawat Malaysia 2007

Promosi Percuma: Sila lah bercuti di dalam negara. Byk tempat2 percutian yg belum pernah anda pergi lagi. Antara kelebihan bercuti dlm negeri anda tak perlu risau pasal makanan. Makannnn jekkk...gi taiwan, jepun korea etc anda akan risau pasal makanan halal-kena bawak megi lak.




  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...
  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...
  • The Apprentice 5Dulu aku suka juga tulis pasal App...
  • BolaDah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya ...
  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1