Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, March 11, 2007
 
Quarter Final CL

Dah nak masuk peringkat suku akhir. 3 pasukan England, 2 Itali, 1 Sepanyol, 1 Belanda dan 1 German yang layak. Hasil undian pasukan dr negara yg sama tak bertembung sesama sendiri. Lihat dr luck pengundian, team England mungkin bertemu di final, mungkin Chelsea-MU atau Liverpool-MU. Pasukan yg gah iaitu Barcelona, Lyon dan Real Madrid dah out. Arsenal pun sama. Kalau ikut Didier Drogma final impiannya adalah Chelsea vs Lyon. Lyon yg begitu gagah di Liga Perancis boleh kalah 2-0 kat tpt sendiri kpd AS Roma. Roma merupakan pasukan favourite aku di zaman Gabriel Batistuta-time tu roma menang Scudetto.

Apa pilihan final terbaik? Kalau ikut ranking aku:

1)Chelsea vs Bayern Munich
2)Chelsea vs MU
3)Chelsea vs AC Milan
4)Valencia vs MU
5)Liverpool vs MU

Pilihan ranking aku adalah berdasarkan star2 dlm pasukan dan kedudukan semasa pasukan tersebut dlm liga negara masing2. So pilihan menjadi sangat terhad disebabkan Barcelona dan Lyon dah terkeluar. Chelsea dan Liverpool kalau menang suku akhir akan bertemu di semifinal. Kalau kedua2nya tewas maknanya PSV Eindhoven atau Valencia akan ke final. Dan final paling meboringkan adalah Roma vs PSV Eindhoven--hahaha tak tgk pun takpe. Haram aku tak kenal pemain2 psv. Roma tahu jugak 2-3 org esp Totti tuh. Anyway bola itu sfera (bukan bulat), apa pun boleh terjadi di padang. Kita layan sajaaa.

Hati2 Ambil Maklumat Blog

Skrang blog telah menjadi satu sumber maklumat bagi masyarakat yg sentiasa mempunyai akses internet. Tak kiralah akses kat opis atau ada broadband kat rumah. Blogger ni ada mcm2 jenis tulisannya dan kebanyakannya adalah org awam yg menjadikan blog sebagai tpt meluahkan pendapat, perkongsian maklumat/hobi sehinggalah ada kewujudan blog2 lucah. Sebab apa blog ni popular? Faktor utama pasti laa sbb ia free. Tapi sekarang bukan setakat org awam je ada blog malahan ahli2 parlimen, org politik, artis dan tokoh2 negara pun ada blog sendiri. Diorang ni yg byk duit ni pun pakai bloghosting yg free2 jugak hehehehe beli laa hosting sendiri ye tak? kalau ada hosting sendiri boleh hire aku develop blog diorang..boleh buat portal lagi..takde la caj mahal pun hahaha.

Byk maklumat, gosip terkini dan berita2 sensasi yg dapat diperolehi menerusi blog dan takkan sesekali dapat diperolehi drp media massa mainstream. Kalau org baca paper jek, dia takkan tahu berita2 sensasi yg melibatkan VVIP negara dlm kes Altantuya, takkan tahu juga kisah disebalik kenaikan nilai saham negara (yg lepas tu jatuh balik) dan macam-macam lagi lah. Tapi memanglah tak semua maklumat blog tu betul. Tapi tak semua juga maklumat tu salah terutama sekiranya blogger tersebut menulis dengan penuh integriti dan tidak menyembunyikan identiti diri.

Tapi bagi kebanyakan blogger, menjadikan blog sbg tempat berkongsi pandangan berkenaan hobi dan pengalaman hidup (termasuklah aku) sepatutnya takkan timbul apa2 masalah walaupun identiti diri disembunyikan. Ye la kan, blog pun cerita pasal rutin kehidupan seharian takkan itu pun menimbulkan masalah negara.




  • Ekonomi Negara Yang KukuhSebagai rakyat, aku pun r...
  • Tag-Tag OrangAku diperingatkan oleh kwan yg aku ni...
  • Menjelang thn baru cina, lokam atau limau mandarin...
  • Bayar kalau Drive sorang diri Maka terdengarlah ca...
  • Hari Wilayah, Thaipusam dan Asyura
  • Cerita BolaPasukan negara layak ke semifinal menen...
  • Banjir Gelombang KeduaBila baca paper dan tgk di t...
  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...
  • Sekilas Sukan Asia DohaAku suka betul bila Koo Kie...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1