Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, August 28, 2005
 
Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah 3 menyiarkan laporan mengenai Israel. Wartawan tv3 berjaya memasuki negara yg tak diktiraf dalam passport Malaysia tersebut dan merakamkan suasana di Tel Aviv dan juga tempat2 suci Islam termasuklah Masjidil-Aqsa. Turut dipaparkan sejarah bagaimana negara Israel terbentuk hasil daripada agenda barat pada masa tersebut yg didalangi oleh British. British membawa masuk 50 keluarga yahudi utk memulakan penempatan di Israel dan setelah diisytiharkan penubuhannnya Amerika Syarikat menjadi negara pertama mengiktiraf negara Israel kurang 48 jam penubuhannya. Maka bermulalah agenda zionis secara berleluasa.

Gambaran yg dirakamkan oleh krew tv3 tersebut mmg menyedihkan...betapa masyarakat Islam sememangnya ditindas dan tempat2 suci Islam diceroboh. Yahudi sememangnya melaksanakan apa yg terkandung dalam kitab Talmud mereka yg menganggap mereka adalah bangsa terpilih dan bangsa selain mereka adalah ibarat lembu hinggakan dibina taman yg cantik utk beriadah buat org yahudi sahaja manakala utk bukan yahudi dibina taman lain yg ala-kadar. Penempatan palestin pula dibina tembok tinggi utk menghalang kebebasan mereka atas nama mencegah keganasan.

Tahniah tv3 atas usaha tersebut. Memang sumber maklumat yg sangat bermanfaat dan tidaklah kita bergantung pada sumber barat yg boleh diragui kebenarannya.


Comments: Post a Comment


  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah
  • Piala Konfederasi 2005Final: Brazil 4 Argentina 1K...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1