Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, September 11, 2005
 
Sepak Bola

Minggu ni bolasepak eropah kembali meneruskan jadual liga masing2 selepas terhenti jap utk memberi laluan kpd perlawanan kelayakan piala dunia. Games semlm menyaksikan chelsea meneruskan dominasi dgn kemenangan kelima berturut2 mengalahkan Sunderland 2-0. MU hanya mampu seri 1-1 dgn Man. City manakala Arsenal kalah mengejut 2-1 kepada Boro. Nampaknya Arsenal akan mengambil masa utk membentk kembali kemantapan pasukannya. Adakah itu bermaknanya chelsea dgn mudahnya akan menang liga musim ini? Masih terlalu awal utk membuat penilaian ttp kemungkinan tu besar jugak.

Ping Pong

Kenapa pula pingpong? Tak pernah2nya aku review psl ping-pong...tetapi skrang aku dah agak ketagih main pingpong kat opis. Rakan2 opis pun sekepala semua dah kena ketagihan main pingpong sampaikan waktu lunch pun sempat pekena 3-4 games. Habis opis hour 530 pun dah siap kemas laptop gi main pingpong. Sejak keja aku dah kurang bermain, kalau dulu time study mmg hari2 main badminton atau pingpong. Bila dah bertahun2 tak main, bila main balik mmg terasa keseronokannya. Secara tidak langsung menjadikan staff2 department aku sbg antara yg teraktif dan energetic dlm company aku.

Info pingpong terkini..(dah lama tak main so tak tahu perubahan2 dlm sistem pingpong sekarang):

-Sekarang service bg setiap pemain adalah 2 then bertukar tgn ke pemain lawan (dulu kan 5 services).
-Mata penamat adalah 11 bukan lagi 20.
-Sekiranya terikat 10-10 dius 2 mata akan dilaksanakan.
-Juara perseorangan pingpong dunia adalah....hehehe mana aku tahu takde keja nak ambik tahu :D

Aku selalu main games free kat Internet. Bestt seronok utk membuang masa dan release tensen. Antara games-games favourite aku adalah snooker, chopper dan golf. Semua games ni adalah dlm btk shockwave flash. Antara site2 games yg menjadi tempat lepak aku:

http://www.playaholics.com/
http://www.miniclip.com/

dan sejak aku aktif main pingpong ni aku turut ketagih main pingpong kat internet hehehehe...anda boleh mencuba lawan pingpong online kat sini:

http://www.miniclip.com/tabletennis.htm

utk pengetahuan umum aku dah menang ketiga2 games tersebut selepas 3-4 hari main :D


Pejuang Kemerdekaan

Minggu lalu juga isu PKM didakwa sebagai pejuang kemerdekaan oleh org kuat DAP Ronnie Liu menjadi hangat. Aku pun kurang faham mengapa DAP membangkitkan isu tersebut sedangkan jelas PKM mmg berhaluan kiri dan menggunakan pendekatan keganasan. Mereka membawa ideologi komunis yg mahu membentuk pemerintahan sendiri hinggakan negara menjadi huru hara dgn perjuangan mereka. Apa yg kita belajar di sekolah berkenaan komunis:

- Komunis dibentuk pada zaman jepun datang. Jepun mmg anti org cina dan bertindak kejam kepada masyarakat cina. Kesannya terbentuklah komunis yg pada masa itu turut mendapat bantuan british.
- Ketua komunis malaya adalah chin peng dan org2 kanannya termasuklah rashid maidin, shamsiah fakeh dan ntah sapa lagi ntah.
- Kerajaan Persekutuan tanah melayu yg diterajui oleh Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dgn chin peng tak silap aku thn 1955 di baling, kedah. Tapi rundingan tersebut gagal.
- Komunis kejam, sanggup membakar kg, balai polis, membunuh dan merosakkan sumber2 ekonomi seperti tempat perlombongan bijih, ladang dalam usaha mereka mahu melumpuhkan ekonomi negara.
- Nama lain bg komunis adalah bintang 3.
- Antara hero2 askar yg berjuang gagah berani menentang komunis adalah Kanang anak langkau - agi idup agi ngelaban -ni aku baca novel.



Comments: Post a Comment


  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1